PENYANYI Shiha Zikir meluahkan rasa kecewa apabila seorang penyanyi baharu yang pernah dibantunya tergamak berkata buruk di belakangnya selepas diberikan peluang bertapak dalam industri seni.Tanpa mendedahkan identiti individu berkenaan, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 39, mengakui kesilapan dirinya sendiri yang terlalu mudah percaya dan menyayangi orang lain kerana terpedaya dengan kata-kata manis. “Kepada semua syarikat rakaman, hendak cari penyanyi baharu, hati-hati. Kadang-kadang kita sudah bantu sehabis baik, 'end up' kat belakang, ha ambil kau.“Salah Shiha juga sebab senang sangat beri peluang, mudah sayang orang, percaya 100 peratus dengan kata-kata manis 'akaklah cahaya bagi saya'," katanya menerusi satu hantaran di Threads pada Jumaat. Shiha bersyukur kata-kata buruk penyanyi baharu itu sampai ke telinganya dari pihak lain.Bagaimanapun, Shiha bersyukur apabila segala perbuatan penyanyi baharu itu akhirnya terbongkar dengan sendirinya menerusi maklumat yang disampaikan pihak lain.“Allah Maha Adil. Sekejap sahaja dapat bukti semua itu tanpa kita cari. Allah lorongkan manusia-manusia lain untuk tiba-tiba terberitahu benda ini,” luahnya.Dalam pada itu, Shiha menyifatkan tindakan penyanyi itu sebagai tidak profesional apabila merungut di belakangnya meskipun sudah diberikan pendedahan. ARTIKEL BERKAITAN: “Senang betul fitnah?“ - Shaheizy Sam jawab isu persenda bekas adik ipar dalam video tularARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam minta maaf pelanggan beratur panjang tunggu piza, kapasiti oven masih terhadTegasnya, seseorang pendatang baharu wajar bermula dari bawah dengan sikap yang baik tanpa membandingkan diri dengan anak seni senior yang sudah lama bekerja keras membina nama.“Ingat, kalau hendak jadi penyanyi, kena ada sikap yang bagus. Ini tidak, untuk pendedahan pun rupanya berbunyi kat belakang. Lepas itu boleh dengar cakap kawan-kawan yang tiada pengetahuan dalam bidang ini.“Mulalah dari bawah. Usaha perlahan-lahan. Jangan banding dengan orang lain yang sikap bagus,rajin dan sudah lama dalam industri.“Dan paling penting, jadilah manusia yang pandai kenang budi orang yang sudah berusaha macam-macam untuk awak,” tambahnya.