Guru seharusnya lebih arif berkenaan emosi murid semasa berkomunikasi dalam apa jua keadaan. -Gambar hiasan AI
HASRAT seorang kanak-kanak untuk mencuba nasib menabur bakti sebagai pengawas sekolah bertukar menjadi pengalaman kurang menyenangkan selepas berdepan soalan berunsur peribadi daripada guru penemu duga.Insiden itu dikongsikan oleh seorang ibu yang meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pendidik kerana didakwa kurang sensitif ketika mengendalikan sesi temu duga jawatan pengawas di sebuah sekolah rendah.Menerusi perkongsian di media sosial, insiden itu tercetus apabila guru berkenaan mula mempersoalkan perbezaan nama bapa pada dokumen anaknya yang baru berusia sembilan tahun.Menurut wanita itu, dia pada awalnya masih boleh berlapang dada memandangkan anaknya secara jujur menjelaskan statusnya sebagai anak angkat.Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk bukan sahaja diri tetapi juga emosi murid. -Gambar hiasan AI Namun, keadaan bertukar menjadi lebih janggal apabila guru berkenaan didakwa terus mengasak kanak-kanak itu dengan beberapa soalan lain yang menyentuh sensitiviti keluarga."Anak saya sertai temu duga untuk jadi pengawas sekolah rendah. Soalan siapa nama kamu, siapa nama bapa kamu ok lagi sehinggalah dia tanya kenapa nama bapa tak sama. Anak saya pun jawablah yang dia adalah anak angkat."Yang buat saya sangat marah, boleh pula cikgu tu tanya mana mak kandung kamu, dia tak cari kamu? Siap tanya berapa umur mak kandung kamu?" kongsinya menerusi hantaran tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Kejam tak ada hati perut! Halang budak ke tandas, guru tadika bertindak liar tekap pisau panas pada bahagian sensitifARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil dah melampau! Cikgu ketakutan diganggu murid Tahun Dua... Pura-pura sentuh dada, intai bawah bajuKesal dengan situasi itu, dia menyifatkan pertanyaan sedemikian sebagai tidak wajar diajukan kepada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, lebih-lebih lagi daripada seorang pendidik yang sepatutnya memahami aspek psikologi murid.Jelasnya, selama ini dia sentiasa bersikap telus mengenai status tersebut bagi mengelakkan anaknya itu berasa rendah diri atau terkesan secara emosi apabila berdepan situasi luar jangka."Bukankah seorang cikgu perlu profesional, belajar psikologi? Fikirlah sikit perasaan budak itu."Perlu ada sensitiviti, rasa hormat dan kemanusiaan sesama insan. Selamat saya telus dengan anak saya sebab takut benda macam ini. Takut dia rasa rendah diri, takut dia tertekan. Sebagai ibu saya tahu bukan senang nak jaga hati dia. Saya nak dia membesar dan rasa sama (seperti kanak-kanak lain)," luahnya lagi.Seorang ibu kecewa dengan sikap kurang sensitif guru yang menemu duga anaknya berusia sembilan tahun bagi jawatan pengawas sekolah.Insiden bermula apabila guru mempersoalkan perbezaan nama bapa sebelum murid itu.Guru tersebut didakwa terus mengasak kanak-kanak itu dengan soalan peribadi mengenai keberadaan dan usia ibu kandungnya.Wanita itu menyifatkan tindakan berkenaan tidak profesional serta berisiko menjejaskan emosi dan keyakinan diri anaknya.Perkongsian tersebut meraih simpati warga maya termasuk guru-guru lain yang turut kesal dan tampil memohon maaf.Ringkasan berita ini dijana oleh AIMenjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersimpati dengan nasib kanak-kanak berkenaan, termasuk beberapa individu yang mengaku sebagai guru yang tampil memohon maaf atas tindakan rakan sejawat mereka."Sebagai cikgu, secara peribadi apabila saya tengok situasi macam itu, saya akan beri lebih empati pada dia, perhatian lebih sikit dan tanya keadaan dia. Bukan menekan-nekan dengan tanya itu ini. Maaf puan bagi pihak guru tersebut."Saya ini kalau tengok surat beranak anak murid lain macam pun dah senyap dan faham sahaja. Nak tanya anak murid buat apa, itu hal peribadi keluarga dia. Pelik kadang-kadang tengok cikgu buat kerja luar bidang begini."Dalam kelas nak bagi contoh soal kekeluargaan pun berlapik sebab tahu ada yang tinggal dengan nenek atau mak ayah berpisah," demikian kata beberapa pendidik.