PELAKON veteran Bollywood, Sharad Kapoor kini dilaporkan menjalani kesulitan hidup selepas sekian lama tidak menerima sebarang tawaran kerja, selain berdepan masalah kesihatan.Perkara tersebut dikongsi oleh seorang rakannya iaitu Hema Chaudhary yang memberitahu dia terserempak Sharad, 50, dalam keadaan sangat menyedihkan dan tinggal sendirian tanpa sebarang bantuan makanan. Hema juga mendakwa pelakon itu diabaikan oleh ahli keluarga yang lain meskipun dia pernah berusaha menghubungi mereka.sebelum ini.Keadaan Sharad membimbangkan. "Apabila saya cuba menghubungi abangnya sekali lagi, dia tidak mengendahkan saya. Dia tidak menghubungi saya semula. Jadi, mungkin dia tidak berminat."Dia (Sharad) sudah dua tahun tidak mandi dan tidak bangun dari katil. Tiada sesiapa menghubunginya atau bertanya sama ada dia sudah makan. Keadaannya semakin merosot," katanya dalam satu temu bual.Hema memberitahu dia secara tidak sengaja berjumpa Sharad apabila melalui sebuah kawasan perumahan tempat pelakon itu tinggal.ARTIKEL BERKAITAN: Foto Chow Yun Fat joging tengah jalan raya tular, cetus kebimbangan netizen ARTIKEL BERKAITAN: Padah obses bekerja, Aamir Khan kesal ‘hilang‘ 30 tahun lihat anak-anak membesarSementara itu, dalam satu temu bual berbeza, Sharad memaklumkan keadaannya semakin stabil selepas bertemu Hema dan bakal menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital."Saya akan ke hospital bersama Hema dan beberapa individu lain. Kami akan meneruskan rawatan serta menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut."Saya rasa ketika itu saya sendiri belum bersedia untuk kembali bekerja dalam bidang perfileman. Boleh dikatakan fikiran saya belum bersedia," luahnya.TONTON VIDEO PILIHAN!