suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah serah semua duit kepada isteri, Denny Sumargo panik tak mampu bayar barang dibeli

Denny selesa serahkan kewangan kepada isteri.

PELAKON Denny Sumargo selesa menyerahkan segala urusan kewangan harian kepada isterinya, Olivia Allan.

Kata Denny, dia menganggap isterinya itu lebih arif dalam mengendalikan wang selain dirinya dapat mengelak daripada berbelanja secara berlebihan.

"Sejak dulu saya memang sudah tidak pegang duit. Semuanya diuruskan Ci Oliv (isteri). Jadi, saya memang menggunakan pembayaran tanpa tunai," katanya memetik Liputan 6. 

Denny dan isteri sudah berkahwin selama enam tahun.

Bagaimanapun kebiasaan tersebut menyebabkan dia pernah berdepan situasi memalukan kerana tidak mempunyai wang untuk membayar wang sebaik sahaja selesai membeli belah.

Dalam keadaan panik, dia terpaksa menghubungi isterinya untuk meminta bantuan bagi melunaskan bayaran berkenaan.

"Ketika itu saya terus telefon dan beritahu, 'Maaf, bil sudah keluar dan perlu dibayar tetapi saya tiada duit.'

"Jadi, dia terus menjawab tidak mengapa dan akan datang ke situ," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Denny Sumargo didakwa palsu laporan DNA anak, DJ Verny tuntut ujian kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan nak jadi hero, Denny Sumargo hanya beri ruang DJ Panda bersuara

Jelasnya, selepas isterinya menguruskan kewangan perbelanjaan keluarga lebih teratur malah dia tidak perlu bimbang untuk berjimat cermat.

Tambah Denny, pembahagian tanggungjawab itu membuatkan urusan rumah tangga mereka menjadi lebih mudah.

"Jadi saya tidak boros dan tak terbeban fikir cara nak uruskan kewangan serta macam mana nak berjimat," kongsinya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain