PELAKON Idan Aedan menasihati peminat agar tidak terlalu taksub meminati seseorang selebriti sehingga bertindak melampaui batas dengan menyerang serta melaga-lagakan selebriti lain di media sosial.Idan atau Muhammad Shahidan Abdullah, 22, berkata, sikap obsesi melampau peminat itu bukan sahaja tidak sihat untuk diri sendiri, malah boleh mengganggu hubungan kekeluargaan. "Ada garis pemisah antara minat dan terlalu obses. Mereka kena asingkan perkara itu. Minat adalah minat, tetapi obses adalah sesuatu yang tidak sihat walaupun untuk diri sendiri.Idan berkongsi berkongsi pengalaman pada Progam Pesona Sinema sempena FFM35."Pastikan ada masa untuk diri sendiri juga sebab kalau terlalu obses dengan seseorang, kadangkala anda akan terlepas pandang keluarga sendiri. "Mungkin anda sanggup hadir pelbagai acara, tetapi hubungan dengan keluarga tidak baik. Jadi kena bertenang dan fikir apa yang betul-betul penting dalam hidup," katanya kepada mStar. Idan berkata perkara itu ketika ditemui pada Progam Pesona Sinema sempena FFM35 anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Idan Aedan dedah tindakan undang-undang kes ugutan bunuh diteruskan, sokongan keluarga penguat semangatARTIKEL BERKAITAN: “Langsung tidak betul“ - Idan Aedan pertahan Dian Sastrowardoyo, akui aktres Indonesia rendah diri bukan sombongMengulas mengenai budaya segelinti fanatik yang gemar mencetuskan perbalahan, Idan menegaskan golongan tersebut perlu memahami bahawa pelakon tidak pernah bersaing secara tidak sihat antara satu sama lain."Peminat juga kena faham dalam industri ini ada ramai penggiat seni dan kami tidak bersaing sesama sendiri pun sebenarnya. "Walaupun projek seseorang itu meletup dan seorang lagi tidak, masing-masing ada sasaran dan hidup sendiri. Tidak elok melaga-lagakan dan sokonglah industri secara keseluruhan," ujarnya. Jadi pelakon itu sendiri kena pandai memilih dan menilai.IDAN AEDANPELAKONMenyentuh situasi apabila segelintir pelakon menjadi dingin dan tidak bertegur sapa gara-gara terpengaruh dengan tindakan peminat, Idan berpendapat artis perlu bijak menapis setiap hasutan luar.Bagaimanapun, dia bersetuju pihak pelakon mahupun pengurusan perlu tampil bersuara secara profesional sekiranya tindakan peminat sudah melampaui batas sehingga mengundang bahaya.Idan akui ramai batu api yang akan mengeruhkan sesuatu perkara."Dalam mana-mana bidang pun memang akan ada pihak yang menjadi batu api. Jadi pelakon itu sendiri kena pandai memilih dan menilai apa yang patut diambil serta apa yang patut ditolak."Kalau ada yang cuba melaga-lagakan sedangkan tiada apa-apa masalah pun, kenapa perlu ambil perkara itu terlalu peribadi? Kena ingat balik bahawa kita semua berkawan dan saling mengenali, jadi jangan terlalu terpengaruh dengan perkara negatif."Cuma kalau sudah sampai tahap berlaga-laga dan membahayakan keadaan, perkara itu memang perlulah dinasihatkan oleh pelakon sendiri atau secara profesional daripada pihak pengurusan," tambahnya.