suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu mula tak senang duduk, bimbang anak perempuan asyik jadi tumpuan orang - “Cantik itu kelebihan tapi ia datang dengan harga”

Mereka yang mempunyai anak perempuan pasti bimbang akan keselamatan anaknya apabila berada di luar rumah. -Gambar hiasan AI

LAZIMNYA pujian diterima anak pasti akan membuatkan ibu bapa berasa bangga dan gembira.

Namun perhatian berlebihan juga boleh mengundang rasa bimbang dan takut terutama mereka yang mempunyai anak remaja.

Itulah perasaan seorang ibu apabila anak perempuan sulungnya yang baru berusia 11 tahun sering menerima pujian mengenai kecantikan wajahnya setiap kali mereka keluar.

Dia yang pada awalnya gembira dan teruja bagaimanapun meluahkan rasa bimbang mengenai tumpuan dan perhatian diterima anaknya.

Setiap ibu pasti ada kerisauan terhadap masa depan anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

Setiap ibu pasti ada kerisauan terhadap masa depan anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

"Pernah tak risau pada anak sendiri? Anak sulung saya cantik, kategori ada rupa. Mana-mana je pergi mesti orang akan puji dia cantik walaupun baru berusia 11 tahun.

"Saya pun kadang-kdang tengok dia memang ada terdetik dalam hati tentang kecantikannya walaupun tiada sebarang solekan dan tidak seperti kanak-kanak seusianya,' luahnya di Threads.

Menurut wanita ini, dia bimbang tentang keselamatan anak perempuannya itu yang semakin meningkat dewasa.

"Cantik itu kelebihan tapi ia datang dengan harga. Akan ada orang tak suka kita tanpa sebb dan selalu jadi perhatian.

  • Ibu risau anak perempuan berusia 11 tahun sering mendapat perhatian kerana wajahnya yang cantik.
  • Pada awalnya bangga menerima pujian, dia kini bimbang tentang keselamatan anak.
  • Ada individu sanggup datang ke rumah membawa hadiah untuk melihat anaknya ketika masih bayi.
  • Perhatian terhadap anak yang semakin membesar membuatkannya berasa takut.
  • Netizen berkongsi pengalaman serta menyarankan anak diajar ilmu pertahanan diri.

"Jadi tumpuan lelaki 'buaya' kalau tak pandai jaga diri," tambahnya.

Mengimbas pengalaman lalu ketika dia kerap berkongsi gambar anaknya di media sosial, ada individu sanggup datang ke rumah membawa hadiah semata-mata mahu melihat anaknya secara berdepan.

"Dulu selalu juga muat naik gambar dia masa bayi dekat media sosial. Ada yang sanggup datang rumah bagi hadiah sebab nak tengok dia depan-depan.

"Lama-lama benda itu jadi menakutkan, sekarang bila dia semakin besar wajah makin terbentuk, lagi jadi tumpuan," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu bimbang anak Gen Z tak pandai bawa diri, belum sebulan kerja dah dipecat... Kerja cuci pinggan, angkat ais pun gagal!

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu jadi ‘spy’ dalam grup rakan sekolah, pantau perbualan anak bimbang ada benda tak elok - “Realitinya sangat menakutkan”

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya berkongsi beberapa tip untuk menjaga anak perempuan.

"Saya ada kawan yang sangat cantik dan sekarang usia 19 tahun. Dia dulu belajar di rumah sebab dua kali kena ganggu dengan pedofilia.

"Ajar anak ilmu pertahan diri dan masukkan selalu ke pertandingan yang perlu berlawan supaya dia tidak mudah dipermainkan.

"Orang cantik ini memang ramai yang dengki, valid je perasaan seorang ibu untuk risau pada anaknya," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain