SEORANG ibu meluahkan rasa buntu apabila anak lelakinya yang berusia 18 tahun masih gagal berdikari walaupun sudah mula bekerja.
Berkongsi situasi dialami, si ibu berkata anak keduanya itu baru bekerja di sebuah restoran namun sudah menerima notis buang kerja dalam tempoh kurang sebulan berkhidmat.
"Saya ada anak lelaki umur 18 tahun yang memang tak tahu sangat nak berdikari, dia anak nombor dua.

Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anaknya. -Gambar hiasan AI
"Baru-baru ni anak lelaki dapat kerja di restoran, belum sampai satu bulan dah dapat notis buang kerja sebab tidak tahu buat kerja," ujarnya di Thread.
Menurut wanita ini, perkara yang lebih membimbangkan adalah anaknya itu sentiasa perlu diarah meskipun bekerja di seksyen belakang.
"Ditugaskan untuk cuci pinggan, angkat ais dan lain-lain tapi masih tak boleh buat.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kisah jika anda produk SBP dan berjaya” - Ibu nekad tak izin anak masuk asrama umur 13 tahun, muda sangat!
ARTIKEL BERKAITAN: Stres jadi anak bongsu, dah besar panjang bapa masih suruh jadi tentera - “Penatlah macam ni, dengan struggle kehidupan lagi”
"Dia kaki game tapi bukan ML (Mobile Legend) atau PUBG (PlayerUnknown's Battlegrounds) tapi Roblox," tambahnya yang turut kecewa dengan sikap anak lelakinya itu.
Seperti ibu bapa lain, pengadu dan pasangan juga sudah menasihati anak mereka supaya berubah sikap dan tidak sambil lewa dalam hal pekerjaan.
Malah dia mengakui turut memarahi anak lelakinya itu demi masa depan yang cerah.
- Ibu kecewa anak lelaki 18 tahun gagal berdikari.
- Baru sebulan kerja restoran, sudah dibuang.
- Leka main Roblox, kerja pun perlu disuruh.
- Nasihat dan marah tak beri kesan.
- Netizen nasihat jangan terlalu manjakan anak.
Namun malangnya, ia tidak diendahkan.
"Ayahnya nasihat, marah tapi tetap macam tu. Bos marah pun dia tak rasa bersalah langsung.
"Pergi kerja pun lewat, syif malam," luahnya sambil memuji sikap anak sulung perempuan yang pandai berdikari meskipun baru berusia 19 tahun.

Warga maya berkongsi nasihat dan pandangan.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang menasihatinya supaya memberi ruang kepada anaknya belajar berdikari dengan menghantarnya ke institut pengajian yang sedikit jauh daripada keluarga.
Tidak kurang juga yang menegurnya kerana terlalu memanjakan anak lelaki sehingga tidak dibenarkan melakukan apa-apa ketika berada di rumah.
"Dia sentiasa dalam dunia dia sehingga tak tahu common sense apabila berada dengan orang lain. Cuba hantar jadi sukarelawan.
"Mungkin ada masalah pembelajaran? Cuba dapatkan nasihat daripada pakar di hospital.
"Orang macam ni kena kerja berkaitan teknologi maklumat tapi kena belajar dahulu," demikian reaksi netizen.


