suria

Faraj busuk, wanita dedah ‘housemate’ pengotor ulang pakai seluar dalam sama - "Duduk bersila, mesti bau hanyir"

Penghuni pasti tak selesa jika mempunyai rakan serumah yang pengotor. -Gambar hiasan AI

APABILA bercerita tentang sikap rakan serumah yang pengotor, kita pasti terbayang keadaan bersepah di dapur, ruang tamu atau bilik tidur.

Namun, lain pula cerita wanita ini yang mendakwa rakan serumahnya memiliki masalah bau badan yang berpunca daripada alat sulit yang tidak dijaga kebersihannya.

"Saya pernah ada kawan yang kalau dia duduk bersila, mesti ada bau hanyir ikan dan busuk. Dia cakap mak dia tak ajar lap alat sulit lepas buang air.

Penghuni rumah sewa perlu menjaga kebersihan agar tidak menyusahkan orang lain. -Gambar hiasan

"Dia ada (masalah) keputihan warna hijau dan kuning tapi tak pakai panty liner sebab mak dia tak suruh. Jadi keputihan melekat dekat panties dia tu.

"Dia tak basuh tapi biar dan pakai semula, kadang sampai dua hari. Kadang sampai lima hari tak mandi. Cuci muka je," dedahnya menerusi Thread.

Sepanjang menyewa bersama, wanita itu mendakwa rakan serumahnya juga tidak menjaga kebersihan diri sewaktu datang bulan.

  • Wanita dedah rakan serumahnya malas mandi dan tak cuci pakaian dalam.
  • Lebih teruk, dia mendakwa rakan serumahnya itu mempunyai masalah bau badan.
  • Dedahnya, dia terhidu bau hanyir dipercayai berpunca dari bahagian alat sulit rakan serumahnya.
  • Ramai netizen meluahkan rasa jijik membaca perkongsian tular itu.

"Masa dia period dan bocor, dia rendam panties penuh darah dalam tandas dan balik rumah (keluarga) tanpa bersihkan dulu.

"Bila saya mesej, dia minta saya tolong basuhkan dulu sebab dia akan balik (rumah sewa) minggu depan.

"Dia ni memang pengotor. Pertama kali jadi rakan serumah, saya terkejut. Tak pernah jumpa perempuan pengotor," imbas wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun menyewa, tak pernah jejak dapur! 'Housemate' pengotor, peti ais macam tong sampah penuh makanan berkulat

ARTIKEL BERKAITAN: Housemate pengotor kumpul sampah sejak awal Ramadan tak pernah buang, kencing pun malas ‘flush’

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa jijik membaca perkongsian wanita itu, melibatkan bekas rakan serumahnya.

"Saya percaya awak, sebab saya pernah ada rakan serumah macam ni.

"Yang cakap cerita ni tipu, mesti mereka tak pernah jumpa orang pengotor.

"Memang wujud orang macam ni. Kadang yang nampak cantik kat luar, pengotor kat rumah," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain