GARA-GARA terlupa memotong kuku anak, seorang wanita terkilan apabila dia disindir dan dilabel pemalas oleh iparnya.
Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berkenaan berkata kata-kata sedemikian cukup menggores hatinya yang selama ini menjaga sendiri anaknya tanpa bantuan sesiapa.
Situasi itu berbeza dengan adik-beradik suaminya yang bekerja dan meninggalkan anak mereka di bawah jagaan datuk dan nenek mereka sepanjang hari.

Elakkan daripada mengata individu sehingga mengguris perasaan mereka. -Gambar hiasan AI
"Aku digelar pemalas oleh manusia yang anaknya dijaga datuk dan nenek dari pagi sampai malam. Anak pula diberi telefon supaya tak merengek.
"Tapi aku layan anak 24 jam, tak bagi telefon, mandi, masak, mengemas, bagi makan, basuh muntah semua aku buat sendiri. Tak pernah minta mak ayah aku tolong," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jarang ‘bersama’, merungut isteri gemuk... Tiba-tiba kantoi beli alat besarkan kemaluan! Wanita syak abang ipar curang
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rindu kakak ipar, teringat ‘air tangan’ waktu tinggal sebumbung... Sedih nombor telefon disekat lepas bercerai dengan abang
Wanita itu menambah, dia bukanlah tidak mahu bekerja tetapi memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa bagi menumpukan perhatian kepada anaknya.
"Beza aku dengan dia? Dia bekerja di sektor kerajaan dan aku suri rumah tak ada gaji. Seronok ya menuduh orang pemalas.
- Wanita terkilan disindir pemalas oleh ipar sebab terlupa potong kuku anak.
- Dia jaga anak sendiri 24 jam tanpa bantuan sesiapa.
- Ipar pula kerja dan serah anak pada ibu bapa setiap hari.
- Wanita itu pilih jadi suri rumah demi anak walau tak bergaji.
- Netizen sokong dia, anggap si penyindir cuma nak rasa diri sempurna.
"Semoga kata-kata tu berbalik kepada kau dan keturunan kau semula," ujarnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyebelahi wanita berkenaan.
Malah, ada yang menasihati agar wanita ini tidak mengendahkan kata-kata yang dilemparkan kepadanya.

Antara komen warga maya pada hantaran asal.
"Kalau ambil tangan dia, kau potong kuku dia sekali. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah apabila kita rajin.
"Biar je tak payah kawan dengan dia. Lama-lama dia tahu orang tak suka dia. Diam sikit mulut dia tu.
"Selalunya yang suka cari salah orang ni dia sendiri tak cukup sifat. Saja cari salah orang sebab nak bagi diri dia rasa sempurna padahal dia lagi teruk berbanding orang yang dia mengata," komen sesetengah netizen.


