suria

Ibu tak kisah anak lewat ke sekolah walau musim ‘exam’, tempelak guru ‘biar lambat asalkan sampai’

Peperiksaan dapat membantu mengenal pasti tahap penguasaan akademik setiap pelajar. -Gambar hiasan

IBU bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak dan sahsiah anak-anak supaya mereka lebih berdisiplin.

Namun malangnya ada segelintir ibu bapa yang dilihat terlalu berlembut hingga menjejaskan usaha guru membentuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.

Menerusi hantaran di Thread, seorang guru lelaki meluahkan rasa kecewa apabila ibu kepada salah seorang muridnya memandang ringan waktu kehadiran sekolah.

Setiap pelajar perlu mematuhi peraturan sekolah. -Gambar hiasan

Setiap pelajar perlu mematuhi peraturan sekolah. -Gambar hiasan

Disebabkan sikap si ibu, murid lelaki tersebut didakwa lewat ke sekolah meskipun pada hari peperiksaan.

"Cabaran apabila ibu bapa menangkan anak," demikian luahannya di Thread.

Pada masa sama dia turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan ibu murid berkenaan ketika dimaklumkan tentang kelewatan yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sindir cikgu dalam grup WhatsApp, tak puas hati anak ditegur datang lewat... Rela mengaku salah sendiri ‘terbabas’ tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu hampir dibuang sekolah, cikgu bangga anak murid dapat A- dalam SPM… Terkilan murid temui ajal sebelum rai kejayaan

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, guru ini cuba mendapatkan penjelasan daripada ibu kepada muridnya.

Namun apa yang mengejutkan, si ibu dengan selamba menggunakan perumpamaan 'better late than never' (biar lambat asalkan sampai).

Malah wanita itu juga seolah-olah menyalahkan guru berkenaan yang pernah menasihati murid-muridnya agar tetap hadir ke sekolah dalam apa jua situasi termasuklah jika terlewat.

  • Guru lelaki kecewa ibu murid pandang remeh soal hadir awal ke sekolah.
  • Murid lelaki dikatakan sering lewat walaupun musim peperiksaan.
  • Ibu beri alasan anak bersiap lama dan guna alasan “better late than never”.
  • Guru tegur peperiksaan bermula pukul 8 pagi, minta ibu lebih tegas.
  • Netizen kecam sikap ibu bapa terlalu memanjakan anak dan abaikan disiplin.

"Dia bersiap lama, dah kejut awal pun dia akan pergi lewat.

"Tapi cikgu ada kata lewat pun tak apa, asalkan pergi sekolah," demikian jawapan wanita terbabit.

Susulan jawapan yang diterima, guru berkenaan menjelaskan bahawa pada masa ini peperiksaan sedang berlangsung.

Warga maya berkongsi pengalaman sekolah masing-masing.

Warga maya berkongsi pengalaman sekolah masing-masing.

"Sekarang musim peperiksaan puan, peperiksaan bermula pukul 8 pagi," ujarnya membalas jawapan ibu murid tersebut.

Hantaran yang dibuatnya mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya menegur sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak.

"Jangan beranaklah ibu bapa yang (bersikap) macam ni. Kau normalisasikan perkara apa ni? Esok anak datang kerja lewat kau nak mesej majikan macam ni ke?

"Parents mana yang benak ubi ni? Ajarlah anak disiplin, aku dulu kena cubit kalau lambat.

"Lembiknya mak ayah yang macam ni," demikian antaa reaksi netizen.

Artikel Lain