suria

"Anak kau autisme sebab minum susu ibu" -Tak pernah hamil, mak angkat suami 'terpaling' tahu tentang bayi

Susu ibu lebih berkhasiat daripada susu formula. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila amalan minum susu ibu dikatakan menjadi punca anaknya menghidap autisme.

Menurut wanita itu, tuduhan tersebut bukannya dibuat oleh orang luar sebaliknya keluar dari mulut ibu mentuanya sendiri yang juga emak angkat kepada suaminya.

Jelas wanita berkenaan lagi, ibu mentuanya yang tidak pernah mempunyai anak kandung tiba-tiba mengajarnya cara menyusukan bayi dengan betul dengan alasan kaedah yang diamalkannya selama ini salah.

Susu formula adalah alternatif bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan. -Gambar hiasanSusu formula adalah alternatif bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan. -Gambar hiasan

“Dia yang belum ada anak, tapi dia pula yang ajar aku cara breastfeed anak. 

"Tak tahu nak nangis ke nak gelak,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami guna taklik halang isteri beli susu formula jenama sokong Israel... Ibu serba salah tengok bayi sakit tak serasi produk baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada MySara anak tak minum susu, tak pakai lampin? Wanita minta golongan gaji rendah rancang keluarga, jangan banyak alasan

Wanita itu berkata mentuanya turut mendakwa penyusuan susu ibu tidak mampu memberikan cukup zat kepada bayi dan menyarankan agar anaknya diberi susu formula.

“Dia cakap anak saya autisme sebab minum susu ibu. Katanya susu ibu ni kurang zat, cuba bagi susu formula sebab lebih banyak khasiat,” katanya.

  • Mentua dakwa cucu autisme sebab minum susu ibu.
  • Ibu mentua tanpa anak ajar cara menyusu yang betul.
  • Anak masih menyusu badan usia 2 tahun 8 bulan.
  • Netizen kecam, susu ibu sumber nutrisi terbaik bayi.
  • Sedih orang perlekeh susu ciptaan Allah.”

Wanita tersebut turut menjelaskan bahawa anaknya masih menyusu badan secara terus sejak lahir hingga kini, berusia dua tahun lapan bulan.

Perkongsian itu mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang mempersoalkan kenyataan ibu mentua wanita tersebut.

Susu kambing adalah pilihan terbaik diberikan kepada bayi selepas susu ibu. -Gambar hiasanSusu kambing adalah pilihan terbaik diberikan kepada bayi selepas susu ibu. -Gambar hiasan

Mereka menegaskan bahawa susu ibu diakui sebagai sumber nutrisi terbaik untuk bayi oleh pakar kesihatan seluruh dunia.

"Sedih la kalau orang memperlekehkan susu yang Allah buat. Cuba suruh dia baca kat tin susu yang dia kata banyak khasiat tu tulis apa.

"Maaf mencelah. So far susu ibu paling terbaik. Tapi hanya sampai umur anak dua tahun. 

"Balas balik. Ayat kau belum ada anak apa kau tau cliche kan? Tapi tepat benar sahih sekali untuk situasi awak.

"Tolong tunjal sikit kepala dia. Jangan fitnah susu ibu," katanya. 

 

 

Artikel Lain