BEKAS isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menegaskan tindakannya berkongsi tentang tuntutan bayaran yuran pendaftaran tahunan taska anak mereka bukanlah untuk mengeruhkan keadaan atau memburukkan mana-mana pihak.Sebaliknya, Fara, 34, berkata dia terpaksa berbuat demikian kerana memerlukan wang tersebut dengan kadar segera bagi memudahkan urusan pendaftaran sesi baharu taska anak mereka, Elaine Nada. "Saya kongsi di media sosial sebab nak lakukan pendaftaran segera. Sebelum ini saya yang tanggung perbelanjaan anak, cuma kali ini saya minta dia untuk bayar. Anak dah nak masuk dua tahun, jadi banyak keperluan.Fara mahu segerakan proses pendaftaran sesi baharu taska anaknya. "Semua itu saya kena selesaikan segera, sebab itu saya minta kepada dia. Kalau urusan pendaftaran ditangguhkan, takut nanti taska itu sudah penuh," katanya ketika dihubungi mStar.Tambah Fara, tindakan tersebut juga dibuat kerana melihat Shuk seakan-akan tidak ambil peduli setelah dia mengingatkan perkara tersebut sejak beberapa bulan lalu.Malah, dia menepis tanggapan sukar dihubungi meskipun nombor telefon Shuk di aplikasi WhatsApp telah disekat.ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar hanya mampu bayar nafkah anak RM1,000, sekarang tak lagi keluar berseronok kerana tiada duit ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar lepas tangan? Bekas isteri guna media sosial tuntut RM1,540 yuran daftar taska anak"Saya dah ingatkan dia lebih awal, tetapi dia hanya berdiam sahaja. Apabila sudah beritahu secara elok dan dia masih buat tak tahu, sebab itu saya kongsi di media sosial."Nombor telefonnya memang saya dah sekat di WhatsApp, tetapi dia boleh sahaja hantar mesej. Ada pelbagai platform boleh hubungi saya," ujarnya.Fara sebelum ini menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya menuntut Shuk untuk menanggung sebanyak RM1,200 bagi yuran pendaftaran taska yang secara keseluruhannya berjumlah RM1,540.Shuk memaklumkan dia sudah memperuntukkan RM1,000 untuk anaknya setiap bulan. Shuk pula dalam satu video yang dimuat naik memberitahu dia hanya mampu membayar RM1,000 setiap bulan sebagai nafkah selepas mereka berpisah.Untuk rekod, Shuk atau Mohamad Shukri Sahar, 40, menikahi Fara pada November 2023 di Thailand.Shuk bagaimanapun melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon pada April 2025.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nada yang kini berusia dua tahun.