PELAKON Zila Bakarin meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila namanya terpalit dengan tuduhan mengamalkan syirik iaitu melakukan perbuatan atau kepercayaan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 51, berkata dia sama sekali tidak menerima dakwaan tersebut namun memilih untuk berdiam dan bersabar tanpa mengambil tindakan lanjut. "Bila ada orang fitnah dan sebar cerita aku buat benda syirik, Allahuakbar. Aku tidak boleh terima. Zila sering dituduh dengan perkara yang negatif. "Sedih, sebak, marah tapi aku pilih untuk diam dan sabar. Pilihan di tangan kita."Aku serahkan seluruhnya kepada Allah. Kalian pun kena banyak sabar okey. Sebab kita semua orang baik," katanya melalui satu hantaran di Threads. Tambah Zila, dia juga mendedahkan yang sebelum ini dia sering dihina, dibenci dan disisihkan namun masih positif dengan tidak memberikan sebarang respons. ARTIKEL BERKAITAN: “Apa kena mengena?“ - Zila Bakarin kesal Abiejam ‘sentuh‘ imej berhijab dalam komen balasARTIKEL BERKAITAN: Terima persembahan pentas, Zila Bakarin bersyukur impian berduet Ella jadi kenyataanMalah Zila berkata dia sentiasa memaafkan tindakan individu berkaitan dan tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut. "Aku ini, apa orang tak hina, mengata, dibenci, kena palau, macam-macam lagi. "Dan aku belajar memaafkan dengan berdiam diri, bawa diri dan reda. Ada aku kesah? Yang penting Allah tahu aku orang baik," ujarnya.