suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Apa kena mengena?“ - Zila Bakarin kesal Abiejam ‘sentuh‘ imej berhijab dalam komen balas

Zila tidak mahu memanjangkan isu yang dibangkitkan Abiejam (kiri).

PELAKON Zila Bakarin mempersoalkan tindakan usahawan Abiejam membuat video bercakap tentang dirinya susulan komen yang ditinggalkan dalam satu hantaran individu berkenaan.

Terkejut dengan penjelasan yang dibuat oleh Abiejam, kata Zila atau Rosmawati Bakarin, 51, komen ringkas ‘tak bodoh, bijak pun tidak’ yang ditulis adalah hanya sekadar reaksi spontan sebagai salah seorang pengguna media sosial.

Zila yang aktif di laman Threads juga beranggapan tindakan Abiejam membalas dengan satu hantaran video adalah sengaja untuk meraih perhatian.

Zila enggan terlalu ambil pusing terhadap video yang dimuat naik Abiejam. 

"Saya juga netizen di situ. Salah ke saya cakap begitu? Fikirlah sendiri.

"Saya pun terkejut bila tengok video dia. Mungkin nak jadikan benda itu hype," katanya.

Zila dalam masa sama turut meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan Abiejam yang mengaitkan komen tersebut dengan penampilannya sebagai seorang wanita berhijab.

ARTIKEL BERKAITAN: Zila Bakarin merajuk empat tahun tiada tawaran berlakon, enggan raih simpati tak mahu diejek 

ARTIKEL BERKAITAN: Zila Bakarin digelar ‘The Next Hussain’, gembira berkongsi pahala dengan pengundi

Enggan memanjangkan isu berkenaan, pelakon itu juga mengambil langkah untuk tidak memberi komen lanjut selepas melihat video yang dimuat naik oleh Abiejam.

"Dia boleh komen tentang saya dah berhijab, apa kena mengena? Apa kaitan dengan saya sudah berubah?

"Kenapa nak kaitkan saya sebagai ibu dan sebagainya? Tiba-tiba dia komen beritahu ibunya peminat saya dan telah paksa untuk benci saya. Saya hanya balas ‘kirim salam dekat mak’, kongsinya.

Abiejam memuat naik video meluahkan rasa kurang senang terhadap komen Zila. 

Isu mula timbul apabila Zila meninggalkan komen pada satu hantaran Abiejam tentang tindakannya menghabiskan RM12,000 bagi membeli permainan squishy untuk diberikan kepada kanak-kanak.

Menurut Abiejam, komen tersebut memberi kesan kepadanya kerana mengundang pelbagai kecaman dalam kalangan pengguna media sosial.

Usahawan itu turut menganggap komen sebegitu tidak sesuai dengan imej Zila yang kini sudah berhijab selain berstatus seorang ibu.

Artikel Lain