IBU kepada pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek memberitahu tidak mudah untuk memberi kata setuju apabila anaknya itu meluahkan hasrat untuk kembali berumah tangga.Namun menurut wanita yang dikenali sebagai Dr Zailah itu, keputusan anaknya adalah satu ketentuan jodoh dan dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Dr Afifah atau mesra disapa Dr Fie. "Bukan mudah untuk kami memberi persetujuan, namun kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Semoga pilihan dan perjalanan ini adalah yang terbaik buat mereka berdua," katanya dalam satu hantaran di laman Instagram.Dr Fie melangsungkan pertunangan pada 2 Ogos. Menerusi perkongsian itu, Dr Zailah turut berkongsi gambar sekitar majlis pertunangan anaknya yang berlangsung pada 2 Ogos lalu.Tidak pernah mendedahkan kepada umum sebelum ini, Dr Zailah juga mengakui terkejut apabila menerima banyak mesej mengucapkan tahniah selepas berita pertunangan anaknya menjadi bualan.Malah wanita itu turut memberi gambaran majlis pernikahan anaknya bakal berlangsung dalam masa terdekat.ARTIKEL BERKAITAN: Janda Nubhan kini tunang duda anak empat... “Bukan nak tunjuk pada bekas suami” ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Nubhan enggan pasangan baharu dari bidang hiburan"Terkejut juga bila ramai yang mengucapkan tahniah. Tak perasan rupanya anakanda dah reveal tentang pertunangannya."Saya dan keluarga kini sedang merancang hari bahagia mereka. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan mengucapkan tahniah," ujarnya.Dr Fie dalam temu bual sebelum ini mengesahkan dia sudah bergelar tunangan seorang lelaki berstatus duda.Dr Fie belum sedia kongsi identiti bakal suami. Dia bagaimanapun lebih selesa untuk tidak berkongsi secara terperinci identiti lelaki berkenaan.Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Nubhan pada Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun.