suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas isteri Nubhan enggan pasangan baharu dari bidang hiburan

Dr Fie tertekan digelar janda melaram.

PERSONALITI media sosial yang juga bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah meluahkan rasa kesal apabila segelintir pihak melabel dirinya sebagai 'janda melaram' selepas dia sah bercerai.

Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie, 36, berkata tanggapan serong masyarakat terhadap ibu tunggal itu menyebabkan golongan tersebut mudah menjadi sasaran kecaman netizen.

“Gelaran itu sebenarnya satu tekanan. Apabila orang nampak ibu tunggal yang suka berhias dan bersiap, ada sahaja yang cepat mahu menghukum. Kami hanya mahu meneruskan kehidupan dan mencari rezeki untuk anak-anak, jadi perkara ini agak kurang selesa.

Dr Fie berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Kata-kata sebegini juga boleh mengganggu urusan pekerjaan kita, lebih-lebih lagi bagi orang yang menjalankan perniagaan macam saya,” katanya kepada mStar.

Dr Fie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada kejohanan Blossom Rally Pickleball 2026 yang berlangsung di Tomaz Pickleball Club pada Ahad.

Menurut Dr Fie, stigma negatif yang dilemparkan itu turut menyebabkan ada segelintir lelaki cuba mengambil kesempatan untuk mendekatinya dengan cara yang kurang disenangi.

“Ramai juga yang cuba mendekati saya dengan pelbagai cara sehingga saya sendiri tidak tahu siapa yang benar-benar ikhlas untuk berkawan. Ada juga yang sanggup datang ke tempat saya dengan alasan mahu menghantar makanan, tetapi pada masa sama sebenarnya mahu mencari saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Afifah tak tahu punca Nubhan fail komital, harap diberi keadilan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dr Afifah terkilan, minta Nubhan pertimbang semula tindakan fail komital... Fikirkan masa depan anak-anak

“Perkara sebegini membuatkan saya lebih berhati-hati. Bimbang nanti orang sekeliling mendakwa saya ini sejenis wanita yang senang pula untuk didekati,” ujarnya.

Dalam masa sama, Dr Fie berkata episod perceraian bukan pengakhiran hidup, sebaliknya menjadi titik permulaan untuk bangkit.

“Bagi saya, titik terendah itu adalah satu permulaan untuk saya bangkit. Sebagai wanita, bukan diri sendiri sahaja yang perlu difikirkan tetapi anak-anak juga bergantung sepenuhnya kepada kita.

“Saya tidak mahu menyusahkan pihak bekas suami kerana sekarang ibunya sedang sakit. Biarlah dia fokus menjaga ibunya, dan saya pula fokus menjaga anak-anak kami,” jelasnya.

Menyentuh soal pengganti, Dr Fie mengakui pintu hatinya masih terbuka untuk menerima kehadiran orang baharu namun meletakkan syarat enggan lagi menjalinkan hubungan cinta dengan individu yang terlibat dalam industri hiburan.

Dr Fie dan Nubhan sah bercerai pada 2 Disember lalu. 

“Sementara belum ada yang melamar, saya akan berikan fokus sepenuhnya (go all out) pada kerjaya. Kalau sudah ada yang melamar nanti, itu lain ceritalah.

“Saya terbuka kalau ada yang datang, tetapi kali ini saya tidak mahu yang dalam industri hiburan. Pada usia sekarang, saya cuma mahukan kehidupan yang tenang dan seorang lelaki yang lebih matang,” katanya menutup bicara.

Sebagai rekod, Dr Fie dan Nubhan mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 namun disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain