suria

[V] Dr Afifah terkilan, minta Nubhan pertimbang semula tindakan fail komital... Fikirkan masa depan anak-anak

BEKAS isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahmad iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa terkilan selepas menerima notis prosiding komital yang difailkan terhadap dirinya.

Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie, 36, berkata dia sama sekali tidak menyangka tindakan tersebut dilakukan oleh bekas suami dan hanya mengetahui mengenai notis berkenaan kira-kira seminggu lalu.

"Saya dapat notis baru seminggu, pada 28 April tempoh hari. Saya juga terkejut apabila dapat perintah mahkamah ini. Saya hanya doakan semuanya baik-baik.

Dr Fie terkejut menerima notis komital daripada Nubhan. 

"Saya juga penat bekerja, saya nak jaga anak-anak dan uruskan mereka ke sekolah. Pagi ini pun saya tak dapat hantar anak saya. Jadi saya agak terkilan dengan notis yang dihantar.

"Saya tak sangka perkara seperti ini akan berlaku. Anak-anak baik dengan saya, jadi saya tertanya kenapa perkara ini terjadi," katanya kepada mStar.

Dr Afifah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas prosiding berkenaan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Makin diam makin menjadi-jadi” - Nubhan dakwa terlalu banyak fitnah, mahu bersihkan semula nama 

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan dakwa berlaku tiga pelanggaran perintah, sedia tarik balik kes jika Dr Afifah mohon maaf

Untuk info, prosiding komital ialah satu proses undang-undang yang membolehkan mahkamah mengambil tindakan terhadap individu yang gagal mematuhi perintah yang telah ditetapkan atau melakukan perbuatan yang dianggap menghina mahkamah.

Dalam pada itu, Afifah berharap agar bekas suaminya dapat mempertimbangkan semula tindakan yang diambil demi kebaikan bersama, khususnya melibatkan anak-anak.

"Saya sekarang menjaga anak-anak, jadi saya harap dia boleh bertindak dengan baik dan fikirkan masa depan anak-anak.

Saya tak sangka perkara seperti ini akan berlaku

DR AFIFAH 

BEKAS ISTERI NUBHAN 

"Fikirkan juga kesan terhadap mental dan kesihatan saya," ujarnya.

Sebelum ini, Nubhan hadir ke mahkamah bagi prosiding komital berkaitan dakwaan pelanggaran perintah mahkamah terhadap Afifah. Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai dakwaan tersebut tidak didedahkan.

Dr Fie dakwa notis yang diterima memberi kesan kepadanya. 

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh sebutan seterusnya bagi Afifah selaku defendan untuk memfailkan afidavit pembelaan.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain