suria

Nubhan dakwa berlaku tiga pelanggaran perintah, sedia tarik balik kes jika Dr Afifah mohon maaf

Nubhan tuntut Dr Afifah mohon maaf.

PENYANYI dan usahawan Nubhan Ahmad mendakwa berlaku tiga pelanggaran terhadap perintah mahkamah melibatkan bekas isterinya iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Menurut peguam syarie mewakili Nubhan iaitu Mohd Redzuan Ramli, sesi tersebut merupakan prosiding pertama bagi kes pelanggaran perintah yang difailkan terhadap Afifah.

"Hari ini merupakan prosiding kali pertama yang mana prosiding pelanggaran perintah yang difailkan oleh Nubhan terhadap Dr Afifah.

Nubhan bersama peguam Mohd Redzuan (kiri). 

"Pelanggaran perintah tersebut sebelum ini dipersetujui dan terma perintah itu juga dicadangkan sendiri oleh pihak defendan.

"Butiran perintah saya minta maaf kita tidak dedahkan kerana ia boleh menjadi prejudis. Namun, terdapat tiga pelanggaran yang berlaku terhadap perintah tersebut," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan memberitahu pelanggaran berkenaan didakwa berlaku dalam tempoh berbeza termasuk tahun ini dan juga tahun sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Afifah tak tahu punca Nubhan fail komital, harap diberi keadilan 

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan mohon doa, hadir prosiding komital terhadap bekas isteri

Malah, peguam syarie itu memaklumkan anak guamnya terbuka untuk mempertimbangkan penyelesaian secara baik sekiranya ada permohonan maaf dibuat.

"Perintah itu dilanggar tahun ini ada, tahun lepas pun ada.

"Sekiranya ada permohonan maaf yang dibuat secara suci hati, ikhlas dan seumpamanya, Nubhan akan mempertimbangkan untuk menarik balik kes ini. Itu yang saya difahamkan," jelasnya.

Dr Afifah sebelum ini memaklumkan dia tidak tahu bekas suami memfailkan komital. 

Prosiding berkenaan didengar di hadapan pendaftar, Dr Shanizah Ngatiman.

Sementara itu, Dr Afifah pula diwakili peguam syarie, Nor Hazura Hamzah.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh sambungan prosiding bagi kes tersebut.

Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada 29 Ogos 2015, namun mereka disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain