PENYANYI dan usahawan Nubhan Ahmad hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Selasa bagi prosiding komital berhubung dakwaan pelanggaran perintah mahkamah yang difailkan terhadap bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.Menurut Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 40, kehadirannya adalah bagi mengikuti proses perundangan tersebut yang kini sedang berjalan. “Hari ini adalah prosiding komital atas pelanggaran terhadap perintah mahkamah,” katanya kepada mStar.Nubhan harap prosiding berjalan dengan baik. Nubhan dilihat tiba di mahkamah sekitar pukul 9.15 pagi dengan mengenakan sut penuh berwarna hitam putih.Dia turut ditemani peguam syarie, Mohd Redzuan Ramli.Untuk info, prosiding komital ialah satu proses undang-undang yang membolehkan mahkamah mengambil tindakan terhadap individu yang gagal mematuhi perintah yang telah ditetapkan atau melakukan perbuatan yang dianggap menghina mahkamah.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Nubhan sedia hantar LOD kepada pemfitnah, nafi keluar kenyataan mahu tuntut RM5 juta jika bercerai ARTIKEL BERKAITAN: “Saya serahkan kepada peguam” – Nubhan sedia beri kerjasama tuntutan harta sepencarianDalam pada itu, Nubhan memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai butiran kes dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak mahkamah.“Saya harapkan yang baik-baik dan mohon doakan yang terbaik,” ujarnya ringkas.Nubhan dakwa bekas isteri langgar perintah mahkamah. Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah atau mesra disapa Dr Fie pada 29 Ogos 2015.Bagaimanapun, pasangan itu disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!