suria

Awie tolak gelaran ‘Raja Rock Negara’, katanya Amy Search lebih layak

Awie (kiri) menganggap Amy lebih layak diberi gelaran 'Raja Rock'.

LEBIH empat dekad berkecimpung dalam dunia seni, penyanyi Datuk Awie memilih untuk merendah diri apabila diberi gelaran 'Raja Rock Negara’.

Bagi Awie atau Ahmad Azhar Othman, 58, gelaran tersebut lebih layak diberikan kepada penyanyi Datuk Amy Search yang sudah dikenali sebagai ikon utama muzik rock tanah air.

Menurutnya, sumbangan besar vokalis kumpulan Search itu dalam memperkenalkan muzik rock di Malaysia wajar diberikan pengiktirafan tertinggi.

Awie tidak memandang segala gelaran sepanjang bergelar anak seni.

Awie tidak memandang segala gelaran sepanjang bergelar anak seni.

"Saya tetap respect yang memegang gelaran nombor satu Malaysia (Ratu Rock) adalah Amy Search. 

"Dia yang pertama memulakan irama rock di negara kita. Itu yang patut kita angkat sebagai 'Godfather' dalam industri rock ini," katanya kepada mStar. 

Awie berkongsi perkara itu ketika ditemui di Sidang Media Awie Rock King: The Last Man Standing yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jenama Wings rapuh, Awie perkenal dua anggota baharu… “Rugi kalau dibiarkan sayap itu patah”

ARTIKEL BERKAITAN: Awie dipuji sentiasa profesional, Erra Fazira disangka ‘flop’ tapi berjaya pukau penonton di Sembilu The Reunion

Dalam pada itu, Awie turut menjelaskan dia sendiri tidak pernah mengejar sebarang gelaran sepanjang bergelar anak seni.

Malah baginya, istilah seperti ‘Raja Rock Negara’ bukanlah sesuatu yang penting atau perlu dipertandingkan dalam kalangan penggiat muzik.

"Soal gelaran ini semua saya tidak kisah. Itu sebenarnya bukan tujuan saya untuk gelaran ini semua (Raja Rock Negara). Saya tak hairan dengan title itu. 

"Apa yang saya nak adalah memberikan satu kepuasan bagi pengalaman dan kebolehan yang saya ada.

"Saya nak kongsikan kepuasan itu pada setiap persembahan nyanyian. Soal title itu jangan fikirlah, siapa nak ambil nombor satu, dua, tiga ambillah," ujarnya. 

Awie bakal mengadakan konsert solo pada September depan.

Awie bakal mengadakan konsert solo pada September depan.

Dalam perkembangan lain, Awie bakal mengadakan konsert Awie Rock King: The Last Man Standing di Stadium Merdeka pada 12 September depan.

Konsert berskala mega anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate Media itu akan menampilkan persembahan solo epik, menghimpunkan perjalanan lebih empat dekad kerjayanya sebagai penyanyi.

Awie berharap konsert tersebut bukan sahaja menjadi pengalaman bermakna buat peminat, malah mampu meraikan legasi muzik rock agar terus hidup dan kekal relevan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain