KUMPULAN rock legenda, Wings memperkenalkan dua anggota baharu bagi mengukuhkan kembali empayar muzik mereka yang sudah bertapak lebih empat dekad.Vokalisnya, Datuk Awie mengumumkan kemasukan Pae sebagai pemain dram dan Ilham Ishak selaku pemain bes, sekali gus melengkapkan formasi lima anggota bersama Edrie Hashim dan Sham. Menurut Awie, kehadiran dua anggota baharu itu merupakan langkah penting demi memastikan kelangsungan Wings sebagai sebuah jenama kukuh dalam industri muzik tanah air.Pae (kiri) dan Ilham menggalas tanggungjawab baharu bersama Wings. “Dengan adanya ahli baharu, kami mahu meneruskan perjuangan Wings yang sudah mencecah usia 40 tahun. Wings ini sebuah band yang terlalu kuat jenamanya, jadi sangat rugi kalau dibiarkan ‘sayap’ itu patah.“Kami bersyukur kerana dapat anggota yang bukan sahaja berpengalaman, malah cukup dikenali dalam kalangan penggiat seni,” katanya kepada mStar.Awie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Wings Orang Kita di Padi House, Lalaport, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Perpecahan kumpulan biasa terjadi, Awie terima dengan lapang dada… Tak lupa doa buat dua bekas anggota Wings ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Setiap manusia ada had” – Black, Eddie buka cerita pengunduran daripada WingsBercerita mengenai pemilihan dua anggota tersebut, Awie menyifatkan pertemuan mereka sebagai satu takdir.Pae dipilih secara lantikan terus berdasarkan reputasinya sebagai pemuzik sesi yang pernah bekerjasama dengan kumpulan ternama seperti Search, XPDC dan Amuk.Sementara itu, Ilham pula dipilih menerusi proses uji bakat selepas Awie melihat potensi besar dimilikinya walaupun masih muda.“Ilham saya buat uji bakat. Sebaik sahaja tengok dia berdiri dan memetik gitar, saya tahu dia layak. Ini adalah strategi penting untuk membina empayar Wings pada masa hadapanDATUK AWIEVOKALIS WINGS“Walaupun masih muda, dia ada kebolehan besar dalam permainan bes dan pernah menjadi pemuzik sesi untuk band-band besar,” katanya.Dalam pada itu, Pae bertekad untuk membawa identiti tersendiri tanpa membayangi pemuzik terdahulu.“Saya takkan jadi Black, saya takkan jadi Jojet. Saya akan jadi Pae dan bawa karakter sendiri supaya Wings kekal di landasan yang betul,” ujarnya.Sementara itu, mengulas mengenai hala tuju kumpulan tersebut, Awie berkata Wings kini berada dalam fasa membentuk ‘gelombang baharu’ dan merancang untuk menerbitkan album. Awie mahu kumpulan Wings terus maju dalam industri. Malah dalam usaha memantapkan kumpulan itu, Wings dengan sebulat suara melantik Edrie sebagai pengarah muzik yang akan menentukan hala tuju bunyi dan cita rasa muzik bagi album serta konsert akan datang.“Kami bersetuju melantik seorang ketua iaitu Edrie untuk menjaga aspek muzik dan membuka sesuatu yang baharu, lebih elok dan lebih murni. “Ini adalah strategi penting untuk membina empayar Wings pada masa hadapan,” jelasnya.Pada Oktober tahun lalu, peminat dikejutkan dengan pengumuman pengunduran dua anggota asal Wings iaitu pemain dram Black dan pemain bes Eddie daripada kumpulan tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube