SUAMI kepada pelakon Nadia Kesuma tampil memberi penjelasan berhubung spekulasi isterinya itu bertemu seseorang yang tidak dikenali sebelum dilaporkan gagal dikesan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah, pada Khamis.Menurut Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, istilah ‘I met a stranger’ seperti yang dilaporkan sebelum ini bukanlah merujuk kepada isterinya bertemu dengan individu asing di sana. Sebaliknya, ia adalah perbualan mereka, di mana Nadia memaklumkan bahawa dia pergi bersama jemaah umrah lain yang tidak dikenali.Kenyaataan suami Nadia di Facebook. “Untuk pengetahuan semua, ‘I met a stranger’ itu tidak betul. Saya tidak menerima sebarang mesej sebegitu daripada Nadia. Dia berkongsi bahawa umrah kali ini berbeza dengan tahun lepas. Katanya, tahun lepas dia pergi bersama kawan-kawan, manakala kali ini bersama ‘stranger’.“Jadi, ‘stranger’ di sini merujuk kepada jemaah lain yang Nadia temui buat pertama kali.“Dia memang tidak mengenali 19 orang jemaah lain dalam kumpulan itu ketika mereka bertemu di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur),” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Agensi umrah cerita kronologi kehilangan Nadia Kesuma di Jeddah ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Kesuma gagal dikesan selepas tiba di JeddahKamarul berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya pada Jumaat.Kenyataan tersebut sekali gus menepis pelbagai spekulasi mengenai kehilangan Nadia.Nadia sebelum ini dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Jeddah pada Khamis ketika dalam perjalanan mengikuti pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi.Dia bersama jemaah lain sepatutnya meneruskan penerbangan ke London selepas transit di Jeddah selama beberapa jam.Namun begitu, Nadia tidak muncul ketika jemaah lain berkumpul untuk meneruskan perjalanan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube