suria

Nadia Kesuma gagal dikesan selepas tiba di Jeddah

Keberadaan Nadia dilaporkan tidak dapat dikesan.

PELAKON Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan sejak Khamis selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga dan rakan terdekat.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan artis, aktres Anne Abdullah, yang berkata Nadia sempat menghubungi suaminya sebaik tiba di Jeddah bagi memberitahu bahawa dia selamat sampai ke destinasi berkenaan.

"Sebaik sampai di Jeddah, dia ada mesej suaminya memaklumkan dia selamat tiba. Selepas itu, dia sepatutnya menaiki pesawat untuk ke London pula.

"Tapi pihak travel agen beritahu, dia tidak naik pesawat pergi ke London selepas diberi masa untuk rehat," katanya ketika dihubungi. 

Nadia tidak dapat dikesan selepas tiba di Jeddah.

Menurut Anne, suami Nadia yang bimbang dengan situasi tersebut telah menghubunginya bagi mendapatkan bantuan dan penjelasan.

Katanya, sebelum terputus hubungan, Nadia sempat menghantar satu mesej yang menimbulkan tanda tanya. 

"Dekat Jeddah memang dah semak. Betul nama dia ada dekat situ tapi dia tidak check-in (daftar masuk) pun untuk pergi ke London.

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat ‘pengajian’ di Jeddah, Yassin pulang sehelai sepinggang... Beri amaran ‘scammer’ kutip dana

ARTIKEL BERKAITAN: [V] 42 jemaah umrah Malaysia terkandas di Jeddah, agensi tak sediakan tiket pulang

"Tapi sebelum itu dia ada mesej pada suaminya, dia kata macam "I met stranger" (jumpa orang yang tidak dikenali) lepas itu terus tiada berita. Sekarang ini panggilan tidak dijawab dan mesej juga tidak dibaca. Anaknya juga dapat mengesan telefon masih berada di Jeddah," jelasnya. 

Mengulas lanjut, Anne juga memberitahu dia cuba mendapatkan bantuan beberapa kenalan di sana untuk mengesan Nadia. 

Difahamkan, Nadia menyertai pakej umrah ziarah yang merangkumi beberapa destinasi antarabangsa dan berangkat dari Kuala Lumpur pada Khamis.

"Kita sama-sama doakan dia selamat di sana. Saya juga ada menghubungi beberapa kenalan di sana untuk minta bantuan," luahnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain