HAMPIR setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Wanna Ali berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.Wanna atau Nor Syazwana Mohd. Ali, 29, meluahkan rasa teruja apabila perjalanan hidupnya berubah dalam tempoh setahun selepas bernikah dengan suami, Khairil Amri Khalid. “Dalam tempoh setahun lebih sahaja, Allah telah menulis semula tentang seluruh hidup saya. Dari merisik, bertunang, bernikah dan kini si kecil kami sedang membesar di dalam rahim saya.Wanna teruja memaklumkan berita kehamilan anak pertama.“25 minggu mengandungkan cinta (anak) kami. Dalam masa tiga bulan, bukan lagi hanya awak dan saya, tetapi kami,” katanya.Wanna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.Dalam pada itu, pelakon drama Setiaku Berdiri ini turut meluahkan rasa syukur atas setiap detik sepanjang perjalanan kehamilannya yang disifatkan penuh dengan ketentuan dan hikmah Ilahi.ARTIKEL BERKAITAN: Susah cari lelaki baik, Wanna Ali kata wanita perlu cantikkan diri tanpa berharap suami kayaARTIKEL BERKAITAN: Ayu Puteh mahu anak segera kahwin, tak gemar Wanna Ali terpalit gosip murahanMenurut Wanna, masa berlalu dengan begitu pantas, namun setiap momen dirasakan telah diatur dengan sebaik-baiknya oleh Yang Maha Esa.“Masa berlalu terlalu cepat, namun setiap detik terasa seperti telah dirancang dengan penuh ketentuan Ilahi.“Saya tidak akan mengubah walau satu pun. Buat suamiku, sejujurnya saya tidak tahu siapa diri saya tanpa kamu.“Alhamdulillah atas cinta ini, keluarga ini dan keajaiban ini. Terima kasih, ya Allah. Sesungguhnya Allah Maha Besar,” ujarnya.Wanna (kanan) bernikah pada 9 Februari 2025.Menerusi hantaran berkenaan, Wanna juga berkongsi video perjalanan pertemuan awal dia bersama suami sehingga mereka sah mendirikan rumah tangga.Dia turut menunjukkan baby bump selain beberapa rakaman menjalani pemeriksaan kandungan.Untuk rekod, Wanna bernikah dengan Khairil Amri pada 9 Februari tahun lalu dalam sebuah acara tertutup di Petaling Jaya, Selangor.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube