SELEPAS sekian lama tidak aktif dalam pementasan teater, pelakon Amar Asyraf kembali menerima peluang untuk terlibat sebagai tenaga pengajar dalam bidang berkenaan.Mengakui terkejut, Amar atau Amar Asyraf Zailuddin, 40, juga berasa ragu-ragu apabila diberi tugas sebegitu, meskipun pernah berpengalaman mengajar teater sebelum ini.Amar masih pertimbang mahu kembali mengajar teater atau tidak. “Tiba-tiba dapat tawaran ajar teater. Dulu, sambil berlakon saya turut mengajar teater.“Tapi sekarang takut pula nak mengajar sebab saya ini jenis garang. Budak-budak sekarang suka ke belajar dengan cikgu teater yang garang?” katanya.Amar berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads miliknya pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Diselubungi rasa bersalah pegang bahu Mimi Lana, Amar Asyraf nekad berhenti berlakonARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Amar Asyraf buka mulut dakwaan dah kahwin kali ketiga... Ikut saranan ulama jaga privasi rumah tanggaBerkongsi lanjut, pelakon berkenaan berkata selepas meluahkan kerinduannya terhadap dunia teater, dia menerima beberapa mesej daripada individu yang berminat untuk mengikuti bengkel lakonan.“Sejak tulis fasal rindu nak buat teater, dah ada tiga orang tanya tak buat bengkel teater ke?“Oh, tidaklah. Baru saya tahu rupa-rupanya ramai juga penggiat teater di aplikasi Threads di Malaysia ini,” ujarnya.Perkongsian Amar di Threads miliknya.Bagaimanapun, Amar menjelaskan buat masa ini dia belum merancang untuk membuka sebarang kelas latihan kerana masih menilai komitmen serta kesesuaian masa.Dalam pada itu, pelakon tersebut memberi bayangan bakal kembali aktif dalam dunia teater apabila mula mendapat ilham untuk menghasilkan karya baharu.“Okaylah, nak tulis skrip. Dah tahu dah nak buat teater apa,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube