suria

Nikmati ‘permainan’ baharu, Dr Afifah hadiahkan diri kereta Proton e.Mas 7

Dr Afifah hadiahkan diri sendiri kereta baharu.

SELEPAS memaklumkan sudah berpindah ke sebuah rumah sewa baharu, bekas isteri penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mencuri perhatian apabila membeli sebuah kereta jenama Proton e.MAS 7.

Perkara itu dikongsikan oleh ibu kepada Dr Afifah iaitu Dr Zailah Zainudin yang meluahkan rasa bangga serta mengucapkan tahniah atas pencapaian anak sulungnya itu.

Malah, Zailah turut menitipkan kata-kata semangat dengan menyifatkan apa yang berlaku dalam kehidupan anaknya bukan satu kehilangan, sebaliknya permulaan kepada sesuatu yang lebih baik.

Selepas pindah rumah, Dr Afifah beli kereta baharu.

“Tahniah anak perempuanku. Biarkan perkara yang lepas berlalu, perkara yang lebih baik akan datang.

"Bukan setiap kehilangan adalah kehilangan, kadang-kadang ia adalah peningkatan.

"Nikmati ‘permainan’ baharu awak, sangat layak. Jom jalan,” tulisnya.

Dia berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Afifah pindah rumah baru, lengkapkan kediaman dengan barang terpakai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan enggan buka aib bekas isteri, hak Dr Afifah mahu bercerita di media sosial… “Dia tetap ibu kepada anak-anak saya”

Menerusi perkongsian tersebut, Dr Afifah dilihat membeli kereta Proton e.MAS 7 berwarna Quartz Rose.

Hasil carian mStar mendapati harga kenderaan elektrik berkenaan mencecah lebih RM100,000.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan ketabahan Dr Afifah selain memuji kekuatan mental serta sokongan keluarga yang dimilikinya.

Perkongsian Zailah di Thread miliknya.

“Beza orang berpendidikan dengan tidak, hidup tak berakhir selepas bercerai.

“Saya tahu Dr Afifah mempunyai hati yang besar dan berjiwa positif, memang dapat rasa vibe dia.

“Hebat keluarga Dr Afifah, dengan sistem sokongan yang kuat saya percaya Dr Afifah akan baik-baik sahaja,” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain