Gabungan bakat muda, tarian bertenaga dan kolaborasi artis senior mengangkat nama Inferno3 dalam M-Pop.
INDUSTRI muzik tanah air terus rancak dengan kemunculan sebuah kumpulan baharu, Inferno3 yang hadir membawa pakej lengkap merangkumi tarian bertenaga dan keupayaan vokal yang meyakinkan.Dianggotai tiga gadis jelita iaitu Hannis, 17, Hannah, 15, dan Eva, 17, Inferno3 tampil optimis serta bersedia menghiburkan peminat, khususnya golongan remaja yang dahagakan kelainan dalam muzik tempatan. Sebagai pendatang baharu, peluang melancarkan single pertama berjudul Money bersama artis berpengalaman menjadi satu titik tolak buat kumpulan itu dalam membina keyakinan dan hala tuju seni mereka.Menurut Hannis, mereka bertiga amat bersyukur dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh syarikat rakaman serta pengurusan di bawah Shiha Zikir menerusi Shiha Zikir Empire.Inferno3 melakar langkah pertama dalam industri muzik dengan single sulung Money bersama Shiha Zikir.“Alhamdulillah, saya sangat gembira dan rasa bertuah dapat melancarkan single pertama ini. "Lagu ini bertambah istimewa kerana kami dapat menyanyikannya bersama Shiha, bukan semua orang dapat peluang ini. Shiha seorang selebriti multi-talented, siapa saja yang tak kenal beliau,” katanya. Hannah turut bersetuju dan mengakui pengalaman bekerja dengan artis senior memberi banyak pendedahan baharu buat mereka sebagai artis muda yang masih bertatih.Bagi Eva pula, kolaborasi itu bukan sahaja mencetuskan keterujaan, malah hadir bersama debaran kerana mereka berkongsi pentas dan layar dengan figura yang disegani dalam industri.Money merupakan hasil kolaborasi Shiha Zikir Empire bersama Sony Music Entertainment Malaysia, sekali gus meletakkan kumpulan itu di landasan profesional sejak awal pembabitan.ARTIKEL BERKAITAN: Versatil! Shiha Zikir boleh menyanyi banyak bahasa, termasuk Jepun dan SepanyolARTIKEL BERKAITAN: Berpuluh lagu ditapis, Shiha Zikir akhirnya temui ‘Jalan Cinta’ buat Raes ArifinKetiga-tiga anggota Inferno3 berkongsi interpretasi yang sama terhadap lagu berkenaan yang mengangkat realiti kehidupan moden, di mana wang menjadi keperluan asas untuk meneruskan hidup tanpa mengira peringkat usia.Sebelum proses rakaman dijalankan, Shiha mengadakan beberapa sesi latihan intensif bagi memastikan Inferno3 benar-benar bersedia, khususnya dari aspek vokal yang sebelum ini bukan kekuatan utama mereka.“Sebelum ini kami bertiga biasa menari, nyanyian adalah perkara baru untuk kami. Jadi, setiap momen latihan hinggalah rakaman, semuanya ada keistimewaan masing-masing. Sepanjang tempoh mengajar kami, Kak Shiha tak garang pun cuma beliau tegas dan seorang perfectionist terutama berkenaan konsep dan vibe lagu ini,” ujar Eva.Pengalaman merakam video muzik turut menjadi kenangan tersendiri buat Inferno3 apabila penggambaran dijalankan di sebuah bangunan terbiar yang mencabar daripada segi fizikal dan emosi.Hannah juga ingin menzahirkan penghargaan kepada koreografer yang banyak membantu mereka menampilkan persembahan tarian yang kemas dan bertenaga.Inferno3 tampil penuh keyakinan menerusi Money. “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada koreografer Ezra Tham kerana mengajar tarian kami dengan penuh dedikasi untuk video muzik lagu Money. "Kami ambil masa tiga ke empat hari untuk berlatih sebelum penggambaran video muzik. Cara Ezra ajar pun mudah untuk kami faham, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya.Sementara itu, Shiha melihat Inferno3 sebagai pendatang baharu yang berpotensi besar kerana usia muda mereka serta latar belakang kukuh dalam bidang tarian, selain komitmen seimbang antara seni dan akademik.Lagu Money telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital sejak 9 Januari lalu manakala video muzik rasmi boleh ditonton menerusi saluran YouTube Shiha Zikir Empire.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!