suria

Isu halal haram, Fasha Sandha terguris ‘mulut bisa’ pempengaruh Islamik berbadan sado.... “Tegurlah dengan berhemah tanpa mengaibkan sesiapa pun”

Fasha berharap Tareq dapat memberi teguran dengan lebih berhemah.

PELAKON Fasha Sandha terkilan dengan tindakan pempengaruh Islamik, Tareq Fit yang lantang mengulas mengenai hukum konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini. 

Fasha berkata, individu itu tidak sepatutnya menghakimi seseorang mengenai isu halal atau haram secara terbuka di media sosial apatahlagi menyasarkan golongan selebriti. 

"Sebenarnya kehidupan kita di dunia ini sama saja, cuma yang membezakan adalah kami ini penggiat seni. 

"Rasanya tak perlu kot nak hakimi orang dengan cakap halal dan haram. Cukuplah menegur secara berhemah. Nak cakap lebih-lebih pun tak pandai sangat, takut salah cakap. 

Fasha berharap pempengaruh Islamik menggunakan bahasa yang lebih sopan apabila mahu menegur orang lain. 

"Cuma apa yang boleh saya katakan saya agak terguris sebab teguran dia pada idola saya agak kasar. 

"Dia boleh menggunakan cara lebih baik dan berdiplomatik. Kalau betul nak menegur mengikut landasan cara Islam, boleh saja tapi tegurlah dengan berhemah tanpa mengaibkan sesiapa pun," katanya kepada mStar. 

Fasha berkata demikian ketika ditemui di Klang, Selangor semasa penggambaran drama Doa Yang Terlindung untuk slot Akasia TV3. 

Menurut Fasha, pempengaruh tersebut tidak sepatutnya menggunakan bahasa kurang sopan untuk menegur orang lain, sebaliknya memilih tutur kata yang lebih sopan untuk mengulas sesuatu isu panas. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja ‘all out’ selagi masih laku, Fasha Sandha bersedia hadapi segala kemungkinan jika karier makin suram

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hero diejek tak kacak, Fasha Sandha pertahankan Firdaus Karim - “Beri dia peluang”

"Saya menempatkan diri saya sebagai peminat Siti. Bila pempengaruh ini tulis semuanya haram dan maksiat, saya agak sedihlah kenapa nak kena terus menghakimi orang. 

"Mungkin kalau dia menggunakan bahasa yang agak lembut, kita boleh terima tapi bahasa yang digunakannya agak kasar. 

"Dia boleh saja cakap dengan cara yang lebih sopan kalau betul niatnya nak menegur. Lagipun konsert tersebut dihadiri oleh ramai orang termasuk ahli kenamaan dan kerabat. 

"Jadi bila dia rangkumkan semua dengan mengatakan semua yang pergi itu tempat maksiat dan haram, rasa tak wajar.  Kalau betul rasa haram sekalipun, tegur dengan cara berhemah. 

Fasha mendakwa pempengaruh tersebut pernah menegur aktor Que Haidar sebelum ini. 

"Sebelum ini pun dia ada cakap fasal Que Haidar dan masa itu saya sudah terdetik di hati kenapa kena hina dia sebegitu sedangkan Que ini mencari rezeki untuk anak-anaknya 

"Niat tak menghalalkan cara. Tak bolehlah nak tegur atau menilai orang sesuka hati sebab hanya Allah saja boleh menghakimi kita,"katanya. 

Terdahulu Tareq Fit yang dikenali dengan pendirian tegas berkaitan soal halal dan haram berkongsi hukum konsert Siti. 

Teguran yang dibuat itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak termasuk Fasha yang menyifatkan penggunakan bahasa digunakan agak kasar dan keterlaluan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain