SEBAGAI heroin drama Doa Yang Terlindung, pelakon Fasha Sandha bertanggungjawab untuk mempertahankan rakan gandingannya, Firdaus Karim yang menjadi sasaran kritikan netizen.Fasha, 41, berkata kecaman terhadap Firdaus yang dikatakan tidak kacak sebagai hero drama adalah tidak wajar dan percaya pelakon tersebut wajar diberi peluang untuk membuktikan bakat dimiliki. “Pada saya tak wajarlah untuk kita mempersoalkan pemilihan dia sebagai hero sebab saya percaya dia berbakat.Fasha minta netizen beri Firdaus peluang.“Mungkin sekarang penonton belum benar-benar memahami skrip drama itu kerana baru ditayangkan empat episod.“Saya yakin selepas menonton lebih banyak episod mereka akan mula menerima kehadiran Firdaus sebagai hero saya,” katanya kepada mStar.Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta baharu produk Dunia Herbs yang berlangsung pada Ahad.Mengulas kritikan netizen yang mempertikaikan rupa paras Firdaus, Fasha berkata isu tersebut adalah subjektif dan sensitif, lebih-lebih lagi dalam pemilihan pelakon utama.ARTIKEL BERKAITAN: Mental kena kuat, Fasha Sandha sukar lupakan kejadian anak berguling tidak mahu ditinggalkanARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak pernah unfollow sesiapa kerana itu bukan budaya saya” - Fasha Sandha“Setiap orang ada cantik dan kacak dengan cara tersendiri. Mungkin pada orang lain dia tak kacak, tetapi untuk sesetengah orang dia ‘handsome’.“Bagi saya perkara ini sangat subjektif. Sepanjang berada dalam industri lakonan, saya tidak pernah mempertikaikan siapa hero saya,” katanya.Tambah Fasha, dia sentiasa meletakkan kepercayaan penuh kepada pengarah, penerbit dan stesen televisyen dalam menentukan pemilihan pelakon yang sesuai dengan sesuatu naskhah.“Bila dah diberi peluang membawakan sesuatu karya, saya percaya mereka lebih tahu siapa yang sesuai untuk digandingkan.Fasha meletakkan kepercayaan penuh kepada produksi.“Saya tak pernah nak ambil tahu siapa hero saya,” ujarnya.Dalam pada itu, Fasha mendedahkan dia pernah digandingkan dengan ramai aktor sebelum ini termasuk Wan Raja menerusi drama Dendam Seorang Isteri dan Nazim Othman dalam Lara Aishah, malah hanya mengetahui siapa rakan gandingannya selepas tiba di lokasi penggambaran.“Dari dulu lagi saya memang tak tahu siapa hero saya. Bila sampai di set barulah saya tahu dan siapa pun hero itu saya tetap terima,” katanya.Sebelum ini, Fasha tampil mempertahankan Firdaus menerusi Instastory miliknya dengan meminta penonton memberi ruang kepada pelakon tersebut untuk berkarya.Tindakan itu dibuat susulan kecaman netizen yang mempertikaikan paras rupa pelakon lelaki yang digandingkan dengannya dalam drama slot Akasia TV3 itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube