MELEWATI usia 47 tahun hari ini, keampuhan vokal Datuk Seri Siti Nurhaliza terbukti masih utuh apabila menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, menerusi Konsert Legacy 30 pada malam Sabtu.Dengan tenaga luar biasa, Siti berjaya menghabiskan lebih 40 buah lagu dalam tempoh hampir tiga jam tanpa henti. Tiada langsung ‘sesi minum air’ atau wajah yang mengah, Biduanita Negara itu terus menghiburkan peminat setianya menerusi rangkaian lagu-lagu hit yang menjadi nadi perjalanan seninya hampir tiga dekad.Setiap lagu yang dipersembahkan bukan sahaja kekal mekar di hati pendengar, malah menjadi saksi kepada pencapaian luar biasa yang mengekalkan Siti sebagai penyanyi nombor satu negara. Meskipun sudah berusia 46 tahun, Siti tetap bertenaga dan lincah di atas pentas. Keunggulan vokalnya jelas tidak luntur, sebaliknya semakin matang, kemas dan bererti.Keberanian Siti turut terserlah apabila tampil mencabar diri dengan membuat kejutan muncul di atas kren sewaktu membuka konsert mega tersebut. Mengakui berdepan rasa gayat, Siti menyifatkan momen itu sebagai antara impian yang ingin direalisasikan dalam sebuah konsert berskala besar, selain mahu menghargai peminat di setiap sudut stadium.“Kalau ditanya gayat atau tidak, memang saya gayat. Tetapi soal keselamatan sentiasa menjadi keutamaan."Saya naik kren ini kerana mahu melihat peminat-peminat saya yang berada di bahagian atas,” katanya kepada peminat yang hadir dari seluruh rantau Asia. ARTIKEL BERKAITAN: Stadium Nasional Bukit Jalil jadi saksi 65,000 penonton bangun berjoget lambak di Konsert Legacy 30 Siti NurhalizaARTIKEL BERKAITAN: Dari Jeddah, Melbourne hingga Indonesia, peminat sanggup tempuh perjalanan panjang demi Siti Nurhaliza… “Saya redah laluan laut, darat dan udara demi Tokti”Stadium Nasional Bukit Jalil turut menggamit kenangan buat Siti selepas kali terakhir beliau membuat persembahan di lokasi sama ketika Sukan Komanwel 1998 dan Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour pada 2004.“Dulu semasa Fantasia Tour, pentasnya kecil dan terletak di hujung."Hari ini, saya sediakan pentas yang besar lengkap dengan skrin gergasi. Saya harap semua peminat dapat melihat Siti Nurhaliza dengan jelas,” ujarnya.Konsert Legacy 30: Passion, Sincere and Love menyaksikan kehadiran kira-kira 65,000 penonton, sekali gus menjadikannya konsert ke-35 sepanjang karier seninya. Stadium bertukar menjadi lautan cahaya biru yang mendamaikan, dengan sorakan tanpa henti memenuhi setiap ruang, menjadikan malam itu penuh magis dan luar biasa.Siti menyampaikan hampir 40 buah lagu pada konsert Legacy 30.Pada malam penuh bersejarah itu, Siti menyampaikan lebih 40 buah lagu antaranya Purnama Merindu, Dialah Di Hati, Kau Kekasihku, Jaga Dia Untukku, Falling In Love, Seribu Kemanisan, Menamakanmu Cinta, Balqis, Ya Maulai dan Nirmala.Konsert tersebut turut diserikan dengan persembahan duet bersama Umairah menerusi lagu Hati Kama, Noh Salleh (Kau Mawarku dan Bagaikan Sakti), Hafiz Suip (Pandang Pandang Jeling Jeling dan Muara Hati), serta Cakra Khan (Cinta Digarhayu dan Seluruh Cinta).Konsert ini menjadi peringatan bahawa legenda tidak dilahirkan dalam semalam, sebaliknya dibina melalui disiplin, pengorbanan dan cinta yang tidak pernah berbelah bahagi terhadap seni.Siti bukan hanya milik satu generasi, tetapi legasi seni yang terus bernyawa, merentas masa dan usia.