SELEPAS menerima kecaman ramai susulan kekecohan yang berlaku, penganjur Konsert Pentas RadjaWali akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada malam kejadian.Menurut wakil penganjurnya, pihak pengurusan lokasi konsert itu didakwa enggan bertolak ansur untuk membenarkan konsert diteruskan sebelum bertindak mematikan sistem bunyi secara tiba-tiba ketika persembahan masih berlangsung. Lebih mengecewakan, pihak lokasi itu juga meminta surat kebenaran bertulis berserta cop rasmi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sekiranya persembahan mahu diteruskan.Konsert RadjaWali cetus amarah penonton.“Kami telah berusaha berunding dengan pihak pengurusan Idea Live Arena serta wakil MBPJ yang berada di lokasi bagi memberi peluang kepada Wali Band menyampaikan lagu terakhir buat peminat.“Bagaimanapun, pihak venue tetap berkeras dan meminta surat kebenaran bertulis dengan cop rasmi MBPJ pada waktu kejadian, satu permintaan yang mustahil dipenuhi pada tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan.Menurut penganjur, permit hiburan indoor sah sehingga jam 1 pagi, manakala permit venue hanya sehingga jam 12 tengah malam, namun persembahan boleh dilanjutkan atas persetujuan bersama.ARTIKEL BERKAITAN: Pentas bertukar gelap, penonton jerit 'boo' konsert RadjaWali tiba-tiba dihentikanARTIKEL BERKAITAN: Konsert RadjaWali kecoh! Shasha Nadira dituduh ‘syok sendiri’, dakwa cakap terlalu lama punca konsert mula lewat“Justeru, kami memohon kelonggaran masa sehingga jam 12.30 tengah malam bagi membolehkan Wali Band menamatkan persembahan dengan sempurna.“Malah kami sanggup menanggung risiko kehilangan deposit RM20,000 atau dikenakan denda asalkan peminat berpuas hati dan konsert dapat ditutup dengan baik. Keutamaan kami adalah peminat, bukan wang,” jelasnya.Tambahnya, hasil perbincangan bersama wakil lokasi konsert, satu persetujuan lisan telah dicapai pada jam 11.55 malam bagi membenarkan satu lagu terakhir dipersembahkan.“Saya sendiri naik ke pentas untuk memaklumkan kepada vokalis Wali Band supaya mengumumkan lagu seterusnya sebagai lagu terakhir. Kami memohon maaf kepada semua peminat atas insiden yang tidak diingini ini.PENGANJUR KONSERT“Namun sebaik sahaja lagu tersebut tamat, pihak lokasi ini terus mematikan sistem bunyi tanpa memberi ruang kepada artis untuk membuat pengumuman atau mengucapkan selamat tinggal kepada penonton,” katanya.Jelas penganjur, tindakan tersebut telah menimbulkan kekeliruan serta kemarahan peminat yang hadir ke konsert berkenaan.Dalam pada itu, pihak penganjur turut memohon maaf atas insiden berkenaan yang disifatkan sebagai di luar jangkaan mereka.“Kami memohon maaf kepada semua peminat atas insiden yang tidak diingini ini. Kami telah melakukan segala usaha termampu, namun tersekat akibat ketegasan pihak lokasi yang enggan berkompromi,” katanya.Sementara itu, penganjur turut menjelaskan tindakan melewatkan konsert diambil bagi menghormati waktu solat Isyak.Wali Band tak dapat lakukan persembahan sehingga selesai.Menurutnya, lokasi konsert yang dikelilingi kawasan kediaman serta masjid menyebabkan pihaknya tidak mahu mengganggu ketenteraman penduduk setempat.“Kami tidak mahu memulakan konsert ketika azan sedang berkumandang atau jemaah sedang menunaikan solat.“Waktu Isyak masuk sekitar jam 8.30 malam dan selesai kira-kira jam 8.40 malam. Atas sebab itu, kami mengambil keputusan memulakan acara pada jam 8.50 malam.“Ia bukan kelewatan yang disengajakan, sebaliknya satu bentuk penghormatan terhadap sensitiviti agama dan masyarakat setempat,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube