KETERUJAAN penonton menyaksikan persembahan kumpulan kegemaran dari Indonesia, Wali Band, tidak berpanjangan apabila konsert RadjaWali dihentikan secara tiba-tiba tepat pukul 12 tengah malam Ahad.Insiden itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton sehingga menjadi perbualan hangat di media sosial selain ramai meluahkan kekecewaan terhadap pihak penganjur. Rata-rata netizen menyerang media sosial pihak penganjur selain menuntut kembali wang mereka kerana berasa rugi terhadap konsert berkenaan.Penonton bengang dengan penganjur konsert RadjaWali."Mula lambat habis awal! Orang bayarlah, biadab! Tak reti buat konsert jangan jadi penganjur."Dah kena sidai sejam sebab tunggu VIP sampai, aku bayar konsert ini bukan free! Pulang balik duit aku!"Konsert paling gagal! Aku datang dari Johor semata nak tengok Wali Band tapi kecewa!," antara komen netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Radja trauma insiden ugut bunuh penganjur konsert, bukan penghalang hibur peminat di MalaysiaARTIKEL BERKAITAN: Wali Band ubati rindu ke Malaysia, senarai lagu konsert ikut pilihan peminatDifahamkan, ketika Wali Band sedang menyampaikan lagu popular mereka, Ada Gajah Di Balik Batu, pentas tiba-tiba digelapkan sekali gus menandakan penamatan konsert secara mengejut.Suasana di Idea Live Arena dilaporkan bertukar dan dipercayai terdapat penonton menjerit ‘boo’ sebagai tanda protes terhadap pengumuman tersebut.Lebih mengecewakan, beberapa lagu hit Wali Band seperti Yank, Cari Jodoh dan Tobat Maksiat tidak sempat dipersembahkan.Antara komen yang ditinggalkan netizen.Menurut perkongsian di media sosial, konsert berkenaan terpaksa dihentikan kerana telah melebihi masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan lokasi.Bagaimanapun, tindakan Wali Band meraih pujian apabila mereka tampil memohon maaf kepada peminat sebelum menyanyikan beberapa lagu secara akapela bersama penonton walaupun tanpa iringan muzik.Sebelum itu, kumpulan Radja terlebih dahulu menghangatkan pentas dengan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka antaranya Benci Bilang Cinta, Takkan Melupakanmu, Jujur, Tulus dan Patah Hati.Sementara itu, pihak penganjur dikatakan telah membuat satu kenyataan di media sosial berhubung insiden berkenaan namun memadamnya selepas kurang sejam dimuat naik.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube