SELEPAS lama tidak berkongsi foto bersama, hubungan pelakon Zeera Azizi bersama pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz menjadi tanda tanya ramai.Tampil menjawab mengenai perkara itu, Zeera atau nama sebenarnya Nurazeera Azizi, 30, menyerahkan sepenuhnya soal hubungan cinta kepada takdir. Katanya, pada usianya kini dia memilih untuk tidak meletakkan harapan terlalu tinggi dan lebih selesa menyerahkan soal jodoh kepada takdir. Zeera dan Zhiddin sebelum ini kerap berkongsi foto mesra.“Dah umur 30-an ini, saya ‘go with the flow’ sahaja. Kalau ada jodoh, adalah nanti,” katanya.Menurut Zeera, hubungan mereka masih baik dan rapat, namun kekangan masa serta komitmen kerja menyebabkan masing-masing kini lebih fokus membina kerjaya.Tambah Zeera, dia kini lebih selesa memberi keutamaan kepada perkembangan kerjaya seni. ARTIKEL BERKAITAN: Nama masih ‘sendu’, Zeera Azizi tak kisah dilabel kerap masuk program realiti… “Hidup perlukan kewangan stabil”ARTIKEL BERKAITAN: Zeera Azizi mengaku rapat dengan Zhiddin Aziz, dulu pengikut TikTok kini jadi peneman hati“Kami masih rapat, cuma sekarang ini masing-masing sibuk dengan karier. Dua-dua tengah nak bina nama, jadi fokus dengan kerja dahulu.“Insya-Allah kalau ada jodoh, ada. Doakan saja yang baik-baik,” ujarnya.Dalam pada itu, Zeera turut menjelaskan tindakannya yang sering memuat naik hantaran berunsur rawak dan spontan di aplikasi Threads hanyalah sekadar hiburan serta gurauan semata-mata. Ada saja yang cuba ‘try’, tapi saya tak layan.ZEERA AZIZIPELAKON“Kalau dekat Threads itu saya memang suka post benda random, saja bergurau sebab dekat situ biasanya orang bertegur secara rawak.“Ada saja yang cuba ‘try’, tapi saya tak melayan. Setakat komen suka-suka sahaja,” jelasnya.Dalam perkembangan lain, Zeera memberitahu dia sedang menjalani latihan sebelum bergelar penyampai radio rasmi di Era FM.Zeera dan Zhiddin sibuk uruskan kerjaya masing-masing."Setakat ini saya baru empat kali jalani latihan. Kalau nak on air kena cukupkan 10 kali latihan, tapi saya akan ke Manchester 15 Januari ini, jadi mungkin akan selesai sebelum Februari," kongsinya.Sebelum ini, Zeera tanpa berselindung mengaku berkawan dapat dengan Zhiddin selepas bertemu dalam sebuah acara dan sedang berada dalam fasa mengenali hati budi.