TANPA berselindung, pelakon Zeera Azizi memberitahu dia kini sedang berkawan rapat dengan pempengaruh media sosial Zhiddin Aziz.
Zeera atau Nurazeera Azizi, 29, berkata, dia dan Zhiddin baharu sahaja berkenalan selepas bertemu dalam sebuah acara pada tahun ini dan sedang berada dalam fasa mengenali hati budi.
"Kami kini sedang berkawan rapat dan masih mengenali hati budi masing-masing.
Zeera tertarik dengan kematangan dan kebijaksanaan dimiliki Zhiddin.
"Kami berkenalan dalam tahun ini juga, masih baru. Kenal pun ketika hadir dalam sebuah acara sama. Doakan yang baik-baik untuk kami," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Tambah Zeera, dia terlebih dahulu menegur Zhiddin kerana tertarik dengan cara penyampaian pempengaruh itu memuat naik perkongsian di media sosial.
"Saya tegur dia (Zhiddin) terlebih dahulu sebab sebelum kenal pun memang saya suka tengok kandungannya di TikTok. Saya tegur apabila dia bercakap fasal pengalaman ketika di Makkah. Jadi daripada situ kami mula bersembang.
ARTIKEL BERKAITAN: Intonasi bercakap mungkin penyebab salah faham, Zeera Azizi tak sokong pramugari persoal Fasha Sandha
ARTIKEL BERKAITAN: Ujian tunai umrah... Zhiddin Aziz terkedu Pak Arab mirip Aeril Zafrel ajak ke hotel buat seks! Terus usir jauh-jauh
"Sebelum ini saya suka lihat cara dia bercerita, saya antara salah seorang pengikutnya di TikTok," ujarnya.
Ditanya apakah ciri-ciri istimewa dimiliki Zhiddin yang membuatkan dia tertarik, Zeera memberitahu dia suka melihat sikap kematangan yang ada pada pempengaruh tersebut.
"Bagi saya Zhiddin sangat matang dan berpendidikan. Walaupun kadang-kadang bersembang dengan dia macam 'another level' tetapi saya sangat selesa.
"Mungkin sebab itu juga saya tertarik dengan cara dia dan dalam masa sama, saya juga dapat tambah ilmu," katanya.
Zhiddin sebelum ini menghadiahkan jambangan bunga kepada Zeera.
Sebelum ini, tular di laman TikTok apabila perkongsian video Zeera menghadiahkan sebuah jam tangan buat Zhiddin menarik perhatian ramai.
Menerusi ruangan komen, netizen membuat spekulasi bahawa Zeera dan Zhiddin kini sedang menjalin hubungan cinta.
Bercakap soal hadiah, kata Zeera dia hanya sekadar memberikan penghargaan kepada Zhiddin kerana sebelum ini pempengaruh berkenaan turut menghadiahkan sejambak bunga ros kepadanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube