SELEPAS sekian lama berjimat sehingga terpaksa makan mi segera pada setiap hujung bulan, seorang individu akhirnya mampu menarik nafas lega apabila dia berjaya melunaskan hutang berjumlah RM41,000 yang ditanggung sejak tahun 2022.Berkongsi kegembiraan itu, dia bagaimanapun mengakui tidak tahu bagaimana ingin menggambarkan perasaannya sejurus menerima notifikasi yang memaklumkan akaunnya kini bebas hutang. "Hari ini aku bayar ansuran terakhir hutang yang aku pikul dari tahun 2022 iaitu sebanyak RM41,000. Tiga tahun lebih aku makan mi segera setiap hujung bulan, tayar kereta botak pun tak berani tukar sebab takut duit tak cukup."Lepas dapat notifikasi menyatakan 'akaun anda telah diselesaikan', aku duduk dalam kereta di parkir bank. Diam lama gila sebab tak tahu nak gembira atau nangis," ujarnya berkongsi situasi di Thread.Kebanyakan pekerja menjadikan mi segera sebagai menu utama semasa rehat bagi menjimatkan wang. -Gambar hiasan AIBagi meraikan kejayaan melangsaikan hutang tersebut, dia memilih untuk menjamu diri sendiri dengan hidangan ringkas berupa nasi ayam penyet dan teh limau ais.Menurutnya, walaupun hidangan tersebut tidak mahal, namun ia dirasakan cukup istimewa selepas melalui tempoh panjang berjimat cermat."Aku belanja diri sendiri nasi ayam penyet dengan teh limau ais, murah je tapi sedap lain macam," tambahnya.Di sebalik kegembiraan yang dirasai, dia mengakui pada mulanya teragak-agak mahu berkongsi pencapaiannya kerana bimbang dianggap menunjuk-nunjuk.Individu berkongsi kegembiraan melangsaikan hutang RM41,000 sejak 2022.Lebih tiga tahun berjimat hingga makan mi segera dan tangguh tukar tayar.Termenung dalam kereta selepas menerima notifikasi akaun selesai.Raikan diri dengan nasi ayam penyet dan teh ais limau.Ibu bapa tidak tahu kesusahannya, netizen turut tumpang gembira.Ringkasan ini dijana oleh AINamun, katanya, dia sekadar mahu meluahkan perasaan selepas sekian lama memendam beban kewangan tersebut sendirian.Malah, kedua-dua ibu bapanya juga tidak mengetahui kesempitan yang pernah dilalui disebabkan masalah yang dialami."Aku ragu-ragu nak kongsikan, takut orang cakap hanya nak menunjuk, tetapi aku tak ada sesiapa nak bercerita. Mak ayah aku pun tak tahu aku pernah terlilit sampai macam itu," ceritanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: “Akulah si bodoh tu!” - Terlalu percaya darah daging sampai sanggup ‘ikat’ hutang 24 bulan, merana buat pinjaman e-dagangARTIKEL BERKAITAN: Makan pun kena catu... Suami isteri tanggung azab lepas bermewah buat majlis kahwin, gaji habis bayar hutang RM40,000!Menjengah ke ruangan komen, perkongsiannya itu mengundang puluhan ucapan tahniah daripada netizen yang turut gembira dengan kejayaannya melangsaikan hutang.Malah ada yang menyifatkan kebebasan daripada beban hutang sebagai satu bentuk kemerdekaan buat diri selepas melalui tempoh sukar."Alhamdulillah. Bebas daripada hutang adalah salah satu kemerdekaan buat diri. Syabas, fasa sukar sudah berlalu."Tahniah. Walaupun kita tak kenal, saya tumpang gembira untuk awak. Hebat. Sis doakan rezeki berpanjangan untuk awak sentiasa," demikian reaksi netizen.