USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Vida mengakui terkejut dengan lamaran romantis yang dilakukan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sehingga menyifatkan kejutan itu sebagai sesuatu yang luar biasa.Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 55, berkata, dia tidak menyangka Fazley sanggup melakukan persiapan istimewa termasuk persembahan 1,200 dron bagi meluahkan hasrat untuk menjadikannya pasangan hidup. Malah, Vida berseloroh hampir pengsan ketika menerima lamaran tersebut kerana terlalu terkejut dengan kejutan yang dirancang Fazley.Fazley lamar Vida dengan terbangkan 1200 dron.“Nasib saya tak pengsan sewaktu dilamar. Saya sebenarnya tak makan dua hari sebab tak dapat jumpa Dida (Fazley). Saya berada di Kuala Lumpur tapi tak jumpa-jumpa.“Tapi usaha Dida pada malam ini sangat wow dan tertanya-tanya ada ke orang buat macam ini? Apapun terima kasih sangat Dida,” katanya kepada mStar.Sementara itu, Fazley, 48, menjelaskan pemilihan persembahan dron itu dibuat bukan sekadar untuk memberikan kejutan kepada Vida, tetapi juga mahu mencipta kenangan istimewa buat anak-anak mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob buat kejutan lamar Vida atas pentas, terus dapat jawapan ‘Yes, sayang!’ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ikutkan dua, tiga minggu lalu nak kahwin”... Fazley dedah sebab perlukan masa nikahi VidaMalah, Fazley turut menyifatkan Vida sebagai bidadari syurga sehingga membayangkan lamaran tersebut sebagai satu kejutan dari kayangan.“Buat dron sebab anak-anak juga. Kita tengok mereka Gen Z, kalau saya melamar biasa-biasa tidak akan ada kenangan.“Saya mahu anak-anak ada kenangan yang boleh dibawa sampai anak cucu mereka juga.“Saya juga bayangkan Vida sebagai bidadari syurga, jadi ini macam lamaran dari kayangan,” ujarnya. Kita ikut adat, memang ada merisik, bertunang kemudian nikah.DATUK SERI VIDAUSAHAWANDalam pada itu, Vida turut menyifatkan kejutan tersebut sebagai satu pengalaman luar biasa apabila melihat persembahan dron yang menghiasi ruang udara.“Saya tengok tadi. Macam ini adalah, should I say, lamaran dari langit atau lamaran di langit,” selorohnya.Dalam perkembangan sama, Fazley memaklumkan mereka masih dalam peringkat perbincangan dan merancang untuk membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya.Menurutnya, mereka berhasrat mengikut adat Melayu dengan mengadakan majlis merisik dan bertunang sebelum disusuli pernikahan.Vida dan Fazley tetap akan mengikuti adat Melayu.“Belum, masih berbincang dan kita masih merancang.“Kita ikut adat, memang ada merisik, bertunang kemudian nikah. Insya-Allah tahun depan supaya saya dapat membuat persiapan dengan lebih rapi,” jelasnya.Pada malam Selasa, Fazley mencuri tumpuan apabila melamar Vida ketika membuat kemunculan dalam acara TikTok Shop 11.11 Mega Syok Live Concert yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).Momen istimewa itu sekali gus menjawab pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka yang sebelum ini menjadi perhatian ramai, terutama selepas kedua-duanya terlibat dalam program realiti Talk To My Manager 2 (TTMM2).Vida dan Fazley mula menjadi akrab sejak program realiti TTMM2.Bagi melengkapkan lamaran tersebut, Fazley memilih sebentuk cincin bernilai RM7,000 hasil ciptaan Habib Jewel yang direka khas menyerupai tiara, diinspirasikan daripada kegemaran Vida memakai mahkota atau crown.Rekaan berkenaan merupakan satu-satunya yang dihasilkan khusus buat Vida, sekali gus menjadi simbolik kepada keistimewaan wanita itu di mata Fazley.Difahamkan, kejutan romantis berkenaan menelan belanja sebanyak RM500,000.