PELAKON baharu Evanatie Sannie mengesahkan dirinya wanita yang dikaitkan dengan aktor Idan Aedan susulan isu tular kononnya mereka ‘check-in’ bersama di sebuah hotel.Evanatie, 25, bagaimanapun menolak tohmahan dan dakwaan berkenaan serta menyifatkannya sebagai fitnah yang sengaja direka untuk mencemarkan reputasinya. “Ya, memang saya. Tetapi itu adalah fitnah semata-mata sebab begitulah bila berada dalam industri ini. “Saya memahami dalam industri ini macam-macam perkara akan kita lalui, jadi bagi saya itu adalah ujian.Evanatie berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Kami semua okey sahaja. Hubungan saya dengan semua pelakon filem Kacau semua berkawan macam biasa. Cuma mungkin inilah ujian kami dalam industri seni,” katanya kepada mStar ketika ditemui di Malam Gala Filem Galau di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam pada itu, Evanatie mendedahkan hubungannya bersama tunangnya juga sebenarnya sudah lama berakhir.“Benda itu sebenarnya sudah lama untuk meleraikan perkara berkenaan. Jadi bagi saya, ada orang yang boleh terima dan ada orang yang tidak boleh terima. Apa-apa pun saya hadapi sahaja.“Hubungan itu (tunang) sudah lama tiada sebenarnya. Dari pihak saya, semuanya sudah selesai sebelum ini lagi. Sekarang saya single,” ujarnya. Tenang berdepan ujian itu, Evanatie memilih untuk kekal positif apabila kisah peribadinya dijadikan bahan bualan, tambahan pula namanya baharu bertapak dalam industri. ARTIKEL BERKAITAN: “Langsung tidak betul“ - Idan Aedan pertahan Dian Sastrowardoyo, akui aktres Indonesia rendah diri bukan sombongARTIKEL BERKAITAN: Dian Sastrowardoyo sangat ‘humble’, Idan Aedan terharu dapat pujian... Seminggu berlakon sama sudah boleh jadi kawan“Saya okey sahaja sebab dalam industri memang macam itu. Jadi apa pun yang berlaku, saya terima dan jalani hidup seperti biasa. “Paling penting adalah ketenangan saya sendiri dan sudah tentu saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya.Sementara itu, Evanatie turut mendedahkan dirinya turut menerima ugutan dan sasaran sama seperti Idan. Justeru itu, aktres ini memberitahu dia sudah pun mengambil tindakan sewajarnya melalui saluran yang betul secara tertutup.Evanatie dan Idan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. “Sebenarnya mengenai ugutan itu, saya juga terima perkara sama. Sebenarnya macam itu. Tetapi bagi saya ini tetap satu ujian.“Tindakan undang-undang? Sudah tentu tindakan ada diambil. Tetapi perkara ini bersifat privasi, jadi biarlah kami bertindak di belakang tabir dan mengikut saluran undang-undang yang betul,” tegasnya.Sebelum ini, Idan didakwa menjalin hubungan dengan wanita yang juga tunangan orang selepas muncul rakaman kononnya dia ke sebuah hotel bersama.Idan bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan video itu telahdisunting.