suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib balik rumah, Anthony Loke keluar Kabinet serta-merta

Loke umum letak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

PERSOALAN mengenai kedudukan Anthony Loke Siew Fook dalam kerajaan akhirnya dimuktamadkan apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta pada Selasa.

Keputusan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah bermula hari ini.

"Ia selaras dengan pendirian yang saya telah umumkan Jumaat lalu, peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta merta.

"Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang saya jelaskan sebelum ini," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Loke turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan sepanjang dia menyertai jemaah menteri sejak Disember 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya kembali ke Langgak Duta... Najib jalani tahanan rumah berkuat kuasa serta-merta

ARTIKEL BERKAITAN: Anthony Loke kekal pendirian, letak jawatan sebaik sahaja Najib tiba di rumah

"Saya akan memberikan kerjasama untuk memastikan urusan peralihan tugas berjalan lancar dan segala tanggungjawab serta inisiatif kementerian terus dilaksana demi kepentingan rakyat," ujarnya lagi.

Pada 19 September lalu, Loke dilaporkan berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sekiranya Najib dibenarkan menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

Artikel Lain