Wajah ceria Najib selepas hakim memerintahkan agar beliau menjalani hukuman penjara melalui tahanan di rumah serta-merta.
DATUK Seri Najib Razak akan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah, berkuat kuasa serta-merta.Bekas Perdana Menteri itu akan dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur bagi menjalani baki hukuman penjara bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. Najib akan menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah mulai Selasa, 10 November hingga 23 Ogos 2028.Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin, membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda RM50 juta bertarikh 6 November lalu."Ia digantikan dengan perintah bersyarat bahawa tertuduh hendaklah menjalani hukuman penjara melalui tahanan di rumah," katanya.Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan agar Perintah Pelepasan atas Pembayaran Denda bertarikh 6 November lalu, diketepikan atau dibatalkan dan digantikan dengan perintah baharu.