PELAKON Tisha Shamsir bakal melantik peguam bagi mewakilinya berhubung kes pertuduhan dadah yang sedang dihadapinya.Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam, 40, berkata dia menyerahkan sepenuhnya urusan kes berkenaan kepada mahkamah dan memilih untuk tidak mengulas lanjut bagi mengelak sebarang gangguan terhadap proses siasatan. “Saya akan melantik peguam kerana menyerahkan sepenuhnya kepada pihak mahkamah untuk jalankan siasatan. Tisha dijaga rapi dua pengawal peribadinya.“Jadi hari ini (Selasa) pun masih belum keluar keputusan dan tunggulah saya lantik wakil peguam. “Itu sahajalah saya pun tak mahu cakap banyak takut mengganggu siasatan,” katanya kepada mStar. Ditanya mengenai keadaan dirinya ketika ini, Tisha memberitahu dia berada dalam keadaan baik dan terus berfikiran positif.ARTIKEL BERKAITAN: ‘Inspektor Tisha’ Gerak Khas tak mengaku salah masukkan tiga jenis dadahARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Inspektor Tisha’ Gerak Khas minta maaf cemarkan nama baik Yusof Haslam, harap netizen tak cepat hukum“Alhamdulillah saya okay saja, masih positif,” ujarnya.Terdahulu, prosiding kes berkenaan berlangsung di Mahkamah Majistret Jenayah Kuala Lumpur pada Selasa.Dalam prosiding tersebut, Tisha memaklumkan bahawa dia masih belum melantik peguam untuk mewakilinya.Tisha sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.Justeru itu, Hakim Khairunnisak Hassni menetapkan 10 Disember depan bagi penyerahan dokumen berkaitan kes berkenaan.Pada 7 Julai lalu, Tisha ditahan polis selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine.Pelakon tersebut ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur dalam sebuah serbuan Op Noda.Susulan penahanan itu, Tisha didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan dadah dan diberikan ikat jamin RM1,000 pada 10 Julai lalu. Tisha merupakan pelakon Gerak Khas 2.0.Menurut laporan, dia ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.Dalam Gerak Khas 2.0, Tisha diberi peranan melakonkan watak sebagai Inspektor Tisha.Drama 26 episod itu ditayangkan menerusi saluran TVS, setiap Jumaat pukul 8.30 malam bermula 3 Julai lalu.