suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Gerak Khas 2.0, Tisha Shamsir tak mengaku ambil dadah

Tisha mengaku tidak bersalah atas pertuduhan penyalahgunaan dadah.

PELAKON drama Gerak Khas 2.0 iaitu Tisha Shamsir mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Dramatis yang berusia 40 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni di mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tisha atau nama sebenartnya Shanorbiah Shamsir Alam didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh juga boleh dikenakan perintah pengawasan selama dua hingga tiga tahun.

Tisha merupakan pelakon fdrama Gerak Khas 2.0.

Mengikut pertuduhan, pelakon itu didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin ke dalam badannya sendiri berdasarkan ujian air kencing yang dilakukan oleh pihak polis.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tandas pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 7.30 pagi, Selasa lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurainna Maryam Norazman yang menawarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Tisha dari Yayasan Bantuan Guaman (YBGK), Nik Azhar Nik Adib merayu kepada pihak mahkamah agar hukuman terhadapnya dikurangkan atas alasan pelakon itu tiada pendapatan tetap.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita Gerak Khas 2.0 ditahan polis positif dadah

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah merayu, sudah terlambat” - Yusof Haslam gugurkan Inspektor Gerak Khas 2.0 terlibat dadah

Selain itu dia juga sudah berpisah dengan suaminya selain perlu menanggung ibu dan bapa yang berusia.

Nik Azhar turut memaklumkan tiada risiko untuk Tisha melarikan diri kerana dia hadir ke mahkamah pada Jumaat bagi pertuduhan keatasnya selain telah diberikan jaminan polis.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Untuk rekod, pada 7 Julai lalu, seorang pelakon wanita ditahan pihak polis selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine.

Difahamkan, pelakon tersebut ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur dalam sebuah serbuan Op Noda.

Menurut laporan, suspek ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain