suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KRU Cafe cara kami dekati peminat - KRU

KRU Cafe dijangka tawarkan hidangan Asia Tenggara dan barat.

SAMBUTAN luar biasa peminat terhadap siri konsert KRU sebelum ini menyuntik idea kepada trio adik-beradik ini mengasaskan restoran KRU Cafe yang dijangka beroperasi di Aneka Walk, Shah Alam, tidak lama lagi.

KRU melihat peluang ini membolehkan hubungan mereka dengan para peminat dapat diteruskan melangkaui konsert dan platform penstriman muzik. 

Kafe ini ialah platform bagi meraikan perjalanan muzik mereka, membangkitkan nostalgia buat peminat setia dan memperkenalkan legasi kumpulan ini kepada generasi baharu.

KRU: Yusry (kiri), Norman (tengah) dan Edry wujudkan KRU Cafe untuk hargai para peminat.

Mengulas mengenai projek tersebut, ahli-ahli KRU akui teruja terhadap potensi yang dimiliki oleh KRU Cafe.

Edry atau Edry Abdul Halim, 50, berkata, kafe itu ialah simbolik penghargaan KRU atas sokongan tidak berbelah bahagi peminat selama ini.

"Kami sentiasa amat bersyukur atas kasih sayang dan sokongan yang telah diberikan oleh para peminat sepanjang beberapa dekad ini.

"KRU Cafe merupakan satu lagi cara untuk kami terus berhubung dengan mereka sambil mencipta pengalaman yang lebih bermakna bersama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: KRU sedih hasrat bapa nak tengok konsert tidak kesampaian, bawa Juliana Banos ke pentas GenKRU The Finale

ARTIKEL BERKAITAN: KRU letak standard lebih tinggi, pilih lokasi ‘outdoor’ untuk konsert mega

Projek kafe ini hasil kerjasama KRU dengan TMG Ventures selaku penyedia hidangan, Babah Ventures milik Ajak Shiro bagi operasi dan pengembangan serta Sony Music Malaysia selaku syarikat pengurusan kumpulan itu.

Ia dijangka menawarkan pelbagai hidangan dari Asia Tenggara dan barat.

Datuk Yusry Abdul Halim, 53, pula menambah, mereka berharap KRU Cafe dapat menjadi sebuah platform untuk mencungkil, membimbing dan mengetengahkan bakat-bakat baharu.

"Lebih daripada sekadar sebuah tempat makan, kami membayangkan kafe ini sebagai ruang yang menghidupkan persembahan muzik, kolaborasi kreatif dan pelbagai aktiviti komuniti." katanya.

KRU Cafe bukan sekadar tempat makan, malah ruang persembahan muzik dan kreatif. 

Yusry Abdul Halim

KRU

Sementara itu, Datuk Norman Abdul Halim, 54, berkata, kerjasama dengan Ajak Shiro bertitik-tolak daripada pencapaian francais kedai makan pelawak itu yang berkembang dengan pesat dalam tempoh yang singkat.

"Kami amat kagum dengan apa yang telah dicapai oleh Ajak dan pasukannya melalui Bumbu Babah, membangunkan hampir 60 cawangan dalam tempoh dua tahun.

"Kami yakin sekiranya cawangan pertama menerima sambutan seperti yang kami jangkakan, KRU Cafe mempunyai potensi besar untuk berkembang ke seluruh Malaysia," katanya.

Peluang mengendalikan operasi KRU Cafe ialah satu penghormatan buat Ajak.

Bagi Ajak Shiro, peluang untuk bekerjasama dengan KRU merupakan keputusan yang tidak sukar untuk dibuat.

"Ia merupakan satu penghormatan yang amat besar buat kami untuk bekerjasama dengan KRU. 

"Mereka ialah legenda negara dan antara artis muzik paling berpengaruh yang pernah dilahirkan oleh Malaysia.

"Kami teruja untuk menggabungkan legasi luar biasa mereka dengan pengalaman kami dalam membangunkan dan mengendalikan jenama-jenama restoran," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain