suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abon stabil susulan rawatan masalah jantung

Abon bakal menjalani pembedahan kedua 24 September ini.

PELAWAK veteran Abon dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani prosedur angiogram pada Selasa.

Menurut isterinya, Fauziah Muksin, 64, doktor kini sedang memantau fungsi buah pinggang suaminya atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 66, yang menunjukkan sedikit kebimbangan selepas prosedur berkenaan.

"Alhamdulillah, keadaan dia semakin beransur pulih. Kalau semuanya okey, insya-Allah dalam sehari dua lagi dia sudah boleh balik," katanya kepada mStar.

Abon sebelum ini mengalami batuk berpanjangan.

Mengulas lanjut, Fauziah berkata, Abon sebelum ini mengalami batuk berpanjangan selama enam bulan sebelum mengadu sakit dada ketika menjalankan perniagaan di Ekspo Jabatan Warisan Negara Makanan Tradisi Malaysia di Ipoh, Perak, yang berlangsung dari 25 hingga 29 Jun lalu.

Menurutnya, cuaca panas selain terlalu aktif berniaga dipercayai menjadi punca suaminya mengalami serangan sakit dada pada 28 Jun lalu.

"Dalam pukul 4 petang dia mula rasa dada ketat. Kami terus ke klinik sebelum dia dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. Sebaik tiba di hospital, Abon terus dimasukkan ke zon kecemasan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Niat undur diri diganti rezeki mencurah-curah, Abon siap dapat jadi duta umrah dan haji

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada satu pun jemputan acara hiburan dan program TV” - Abon kecewa dipinggirkan selepas juarai MLM 2014

"Selepas pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung dan meminta dia menerima rawatan selama enam hari di hospital itu," ujarnya.

Bagaimanapun, Fauziah berkata, suaminya kemudian memilih untuk menjalani prosedur angiogram di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur.

"Sebaik tiba di HCTM, dia dimasukkan ke zon kuning sebelum menjalani prosedur angiogram pada hari Selasa," katanya.

Dalam perkembangan sama, Fauziah berharap keadaan kesihatan Abon terus menunjukkan perkembangan positif agar pelawak berkenaan dapat dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain