suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PU Syed saran Vida, Fazley segera nikah

PU Syed harap Vida dan Fazley jadi contoh pasangan lain.

PENDAKWAH bebas, PU Syed tampil menegur usahawan Datuk Seri Vida dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob susulan video memaparkan kemesraan mereka yang tular di media sosial.

Syed, atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, menasihati Vida dan Fazley supaya segera bernikah jika hubungan mereka benar-benar serius.

Menurutnya, selepas sah bergelar suami isteri, mereka bebas melakukan perkara yang dibenarkan dalam Islam tanpa menimbulkan persoalan.

Kemesraan Vida dan Fazley jadi perhatian ramai.

"Saya nasihatkan kepada Datuk Seri Vida dan Datuk Fazley, kalau memang sudah ada perancangan, sebaik-baiknya segerakanlah pernikahan.

"Saya sangat suka melihat perkara yang baik seperti ini. Yang tidak suka kepada perkara baik hanyalah syaitan. Apabila sudah bernikah, buatlah apa yang dibenarkan sebagai suami isteri. 

"Cuma tidak perlulah terlalu berkongsi kemesraan sehingga menjadi perhatian ramai kerana di luar sana ada juga yang mungkin kurang senang atau mempunyai perasaan dengki," katanya menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Teguran terbuka PU Syed buat Datuk Seri Vida, tiada dalil sokong surah Al-Fill dapat buka pintu rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: “Sanggup tanggung dosa sepanjang masa?” - PU Syed tegur kenyataan Aprena Manrose

Dalam hantaran sama, Syed turut berkongsi tangkap layar aduan yang diterimanya daripada pengikut berhubung video berkenaan.

Menurutnya, ramai yang meluahkan rasa kurang senang melihat aksi mesra pasangan tersebut.

"Kita tidak tahu bagaimana status hubungan mereka, sama ada sudah menjadi suami isteri ataupun belum. Tetapi setakat yang dimaklumkan, mereka masih belum bernikah.

Perbuatan seperti itu sepatutnya dielakkan demi menjaga tatasusila dan adab.

PU SYED

PENDAKWAH

"Kalau dilihat dalam video yang dikongsi, banyak memaparkan kemesraan seolah-olah seperti pasangan suami isteri," ujarnya.

Pada masa sama, Syed mengingatkan pasangan yang sedang bercinta agar menjaga batas pergaulan dan tidak menjadikan kemesraan sebagai kandungan untuk tatapan umum.

Katanya, selagi belum terikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, lelaki dan wanita perlu menjaga adab serta batas pergaulan supaya tidak menjadi contoh yang kurang baik kepada masyarakat, khususnya golongan muda.

Vida dan Fazley semakin akrab selepas tamat TTMM2.

"Soalnya, adakah ini sudah menjadi trend pasangan bercinta duduk bermesra walaupun di hadapan kamera untuk tontonan ramai?

"Perbuatan seperti itu sepatutnya dielakkan demi menjaga tatasusila dan adab, lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim," katanya.

Terdahulu, hubungan Vida dan Fazley dikatakan semakin akrab selepas mereka muncul bersama sebagai peserta program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Malah, sebelum ini turut tular sebuah video yang memaparkan Fazley memanggil Vida dengan panggilan sayang ketika mereka sedang bersiaran langsung di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Lain