PENDAKWAH bebas PU Syed tampil memberi teguran terhadap perkongsian usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mengenai kelebihan surah Al-Fill yang didakwa dapat membantu membuka rezeki lebih luas.Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, tiada dalil yang dapat membuktikan surah berkenaan boleh menjadi penarik rezeki sekiranya diamalkan. Katanya, dakwaan tersebut boleh menimbulkan salah faham sekiranya disebarkan tanpa sandaran yang tepat.Video perkongsian Vida mengenai surah Al-Fill."Disabitkan bahawa membaca ayat itu akan dimurahkan rezeki, sebenarnya tidak ada sandaran dan dalil perkara tersebut berlaku."Kita risau tafsiran ayat Allah SWT di atas satu perkara yang tidak tepat, disebarkan pula, tambahan dia bukan ahli atau ulamak untuk dibahaskan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran," katanya dalam satu hantaran video di Instagram.Dalam pada itu, Syed turut meminta agar Vida menurunkan video tersebut dengan kadar segera bagi mengelakkan kekeliruan terus berlaku.ARTIKEL BERKAITAN: “Sanggup tanggung dosa sepanjang masa?” - PU Syed tegur kenyataan Aprena ManroseARTIKEL BERKAITAN: Bergurau kongsi sejarah seks... PU Syed label trend S-Line sebagai 'kebodohan yang dipilih'Dia juga memohon maaf terpaksa membuat teguran secara terbuka kerana video berkenaan sudah mendapat perhatian ramai."Saya harap dia dapat menurunkan semula video tersebut. Walaupun dia seorang yang kaya, tapi tidak bermakna mengamalkan ayat itu menunjukkan bahawa berlakunya pertambahan rezeki atau dibukakan pintu rezeki."Minta maaf kepada Datuk Vida saya membuat teguran secara terbuka seperti ini kerana video tersebut sudah tersebar dan dikongsi ramai orang, sedangkan perkara ini tidak tepat dan tidak benar," ujarnya.PU Syed terpaksa lakukan teguran secara terbuka.Pada masa sama, Syed menjelaskan bahawa antara amalan yang dianjurkan untuk memohon rezeki daripada Allah SWT adalah dengan memperbanyakkan istighfar."Tak betul bila kalimah Rabukka dikaitkan dengan perkataan ‘Buka’."Sebenarnya salah satu kaedah untuk kita meminta kepada Allah adalah dengan beristighfar. Allah akan bukakan pintu rezeki, insya-Allah dan kita pun kena berusaha juga untuk mendapatkan sesuatu," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube