PELAKON Hariz Hamdan tampil menjelaskan foto dirinya menangis sambil memegang senaskhah al-Quran yang dikongsikan di media sosial bukan bertujuan menunjuk-nunjuk kebaikan kepada orang ramai.Sebaliknya Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 24, berkata dia sekadar mahu berkongsi pengalaman peribadi yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini. “Saya bukan nak tunjuk baik, cuma mahu kongsi pengalaman yang saya tidak pernah alaminya sebelum ini.Hantaran Hariz terima pelbagai reaksi netizen.“Mungkin bila ramai yang tengok, mereka boleh belajar sesuatu dan sedarkan diri mereka atau ambil sebagai pengajaran,” katanya kepada mStar.Berkongsi lanjut, Hariz memberitahu dia sebenarnya sudah lama berhasrat menghadiahkan diri senaskhah al-Quran selepas mengetahui ulang tahun kelahirannya pada 28 Februari lalu jatuh pada bulan Ramadan tahun ini.“Selama 24 tahun, memang jarang hari jadi saya jatuh pada bulan mulia ini. Jadi saya anggap ia sesuatu yang sangat istimewa buat saya.“Saya tempah pada awal Februari tetapi penghantarannya tertangguh. Tak tahulah, mungkin kuasa Allah SWT, saya terima al-Quran itu tepat pada tarikh hari jadi saya,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Mereka juga manusia" - Hariz Hamdan berjaya cipta keserasian, lakon adegan 'panas' dengan transgenderARTIKEL BERKAITAN: Hariz Hamdan bukan lagi ‘pewaris Megah Holding’, cabar diri bawa watak komedi dalam ‘Sahak Gangster’Mengulas kecaman segelintir warganet yang mempersoalkan tindakannya menangis ketika menerima al-Quran, Hariz berkata dia hanyalah insan biasa yang sentiasa berusaha memperbaiki diri.“Saya bukan manusia yang sempurna dan saya sedar tentang perkara itu. Walaupun kita buat baik sebanyak mana dan cuba jadi sempurna, akhirnya kita tahu tiada siapa yang benar-benar sempurna di atas muka bumi ini,” luahnya.Sebelum ini, Hariz berkongsi foto dirinya mengalirkan air mata ketika menerima senaskhah al-Quran pada hari ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada bulan Ramadan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube