suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Erma Fatima abai persepsi netizen, tiada paksaan taja makanan produksi

Erma cuba membuka peluang peniaga di Terengganu mempromosikan produk mereka.

PENGARAH dan penerbit Erma Fatima tampil menjawab luahan rasa kurang senang segelintir pihak apabila dia bersama produksi miliknya meminta tajaan makanan untuk penggambaran filem terbaharu yang kini sedang berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu.

Kata Erma, 58, pihaknya tidak meletakkan sebarang paksaan untuk tujuan berkenaan. Sebaliknya, permohonan tajaan yang dibuat secara tidak langsung memberi ruang promosi kepada produk tempatan.

“Saya tak paksa, saya tak letak pisau di leher mereka. Siapa yang mahu bantu boleh beri bantuan.

Erma sedar segala tindakannya menjadi perhatian. 

“Kita juga beri peluang untuk promosi yang diletakkan dalam credit title. Bukannya minta begitu sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Sebelum ini, menerusi satu hantaran di Threads miliknya, Erma memohon tajaan makanan khusus daripada peniaga sekitar Kuala Terengganu bagi penggambaran filem terbaharunya berjudul Langit 2 Warna.

Bagaimanapun, hasrat tersebut menimbulkan pelbagai reaksi, termasuk rasa kurang senang segelintir pihak yang menganggap sesebuah produksi sepatutnya menyediakan belanjawan mencukupi untuk penggambaran, termasuk kos makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak mahu layan ‘diva’ di lokasi“ - Erma Fatima hanya pilih kroni, senang bekerjasama 

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali kena sekatan, Erma Fatima berani buat aplikasi sendiri... Lebih bebas berkarya

Melihat perkara itu dari sudut berbeza, Erma berkata, kaedah sedemikian merupakan sebahagian daripada tugas bahagian pemasaran sesebuah produksi dan perkara biasa dilakukan dalam industri.

Pengarah itu dalam masa sama memberitahu isu yang menjadi bualan tersebut tidak mengganggu proses penggambaran di sana.

“Semua produksi buat begitu, apa masalahnya? Pihak pemasaran buat kerja mereka mencari penjaja.

Bukannya minta begitu sahaja

ERMA FATIMA 

PENGARAH 

“Saya tidak peduli apa orang nak kata. Orang tidak akan berhenti bercakap. Buat baik nampak salah, buat salah lagilah nampak salah.

“Ada penaja atau tidak, kerja saya di sini tetap berjalan. Produksi tetap ada makanan,” ujarnya.

Erma turut memberitahu proses penggambaran yang memasuki hari kedua di sana berjalan lancar dengan penglibatan barisan pelakon dan kru produksi.

Erma kini memulakan penggambaran filem terbaharu di Kuala Terengganu. 

Filem Langit 2 Warna merupakan kemunculan semula Erma sebagai pengarah selepas 10 tahun tidak terlibat dalam bidang pengarahan.

Karya tersebut menampilkan pelakon seperti Ummi Nazeera, Datuk Eman Manan, Datuk Tamimi Siregar, Datin Seri Umie Aida serta dua pelakon Indonesia, iaitu Reza Rahadian dan Christine Hakim.

 

Artikel Lain