KEMBALI duduk di kerusi pengarah filem, Erma Fatima mengumpulkan barisan pelakon yang bukan sekadar hebat malah dilihat senang memberi kerjasama. Erma, 58, sendiri tidak menolak pelakon-palakon dalam filem berjudul Langit 2 Warna sebagai kroni atau sahabat terdekat. “Iya, memang kroni. Semua ini kawan-kawan saya dan kami pernah bekerjasama. “Saya kenal mereka dan saya tak mahu ada masalah ketika penggambaran. Saya tak mahu layan ‘diva’ di lokasi,” katanya.Erma Fatima pilih pelakon yang dikenali rapat untuk kelancaran proses penggambaran.Erma ditemui ketika sidang media memperkenalkan pelakon filem berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. Antara pelakon yang terlibat ialah Ummi Nazeera, Eman Manan, Datuk Tamimi Siregar dan Datin Seri Umie Aida. Lebih mengejutkan Erma turut membawa dua pelakon hebat Indonesia iaitu Christine Hakim dan Reza Rahadian.ARTIKEL BERKAITAN: “Tajuk itu memang kasar“ - Erma Fatima elak sebut judul drama sendiriARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima berang dituduh burukkan agama... “Setidaknya kami masih fikir untuk selamatkan umat daripada terus sesat”Bercerita tentang pemilihan dua pelakon berkenaan, Erma memberitahu ia bukan satu proses mudah meskipun mereka berkawan baik. “Saya kenal Christine sudah lama, tetapi tidak rancang untuk tawar dia berlakon dalam filem ini. Saya cuma hantar skrip kepadanya untuk mendapatkan komen. “Kemudian dia seakan beri bayangan mahu terlibat sama. Saya ubah skrip dan wujudkan watak untuk Christine.“Reza pula memang tiada dalam senarai. Christine sendiri yang cadangkan nama Reza selepas membaca cerita watak utama,” ceritanya.Erma diapit dua bintang utama Langit 2 Warna, Ummi Nazeera (kiri) dan Reza Rahadian.Menurut Erma dia juga mengambil masa hampir dua bulan untuk menunggu jawapan Reza memberi kata setuju. “Disebabkan Reza dah setuju, saya tangguh penggambaran ke November meskipun pada awal rancang bermula Jun,” jelasnya. Filem ini juga merupakan karya tulisan sepenuhnya Erma dan bakal menjalani penggambaran di tiga buah negara iairu Malaysia, Indonesia dan Mesir.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube