suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas gitaris The Times maut dilanggar lari, Naza terkilan tak sempat tunai hajat... “Dia tanya album baharu dan t-shirt, saya lupa nak kirim“

Naza berharap kematian Nazreen mendapat pembelaan.

VOKALIS dan pemain gitar kumpulan The Times, Natazar Mohamad meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila pesanan terakhir bekas pemain gitar serta keyboard kumpulannya, Allahyarham Nazreen tidak dapat ditunaikan.

Kata Natazar atau lebih dikenali sebagai Naza, 51, Allahyarham secara tiba-tiba menghubunginya dirinya untuk meluahkan rasa rindu selepas sekian lama tidak berhubung.

Malah, Nazreen juga sempat meminta baju-T kumpulan tersebut dan album baharu mereka.

Naza terkilan tak sempat tunaikan hajat arwah Nazreen.

"Paling mengejutkan dia dah lama tak hubungi saya, tapi sebulan lepas dia ada telefon. Dia tanya khabar mengenai kami dan kata rindu nak makan dengan The Times. 

"Dia tanya ada album baharu tak dan minta saya hantarkan album bersama t-shirt The Times yang ada gambar dia. Saya cakap nanti saya hantar ke Kuching.

“Tapi bila adik saya balik sana, saya lupa nak kirim. Itu yang membuatkan saya agak terkilan. Rupa-rupanya itu panggilan terakhir daripada dia, seolah-olah satu petanda yang kami tak perasan," katanya kepada mStar di sidang media 2 Konsert 2 Generasi 2026 di Odeon, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan Kumpulan Indie Serap Mesej Integriti

ARTIKEL BERKAITAN: Dokumentari ‘Pekik’ singkap perkembangan scene underground

Mengulas mengenai insiden berkenaan, Naza merayu agar mana-mana individu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka untuk tampil membantu pihak polis.

Ia susulan sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan lanjut insiden itu disebabkan tidak mempunyai bukti pelanggaran. 

"Sampai sekarang tak tahu siapa yang langgar dia, kereta apa pun tak tahu. Saya harap sangat kalau ada sesiapa dekat Miri yang ada rakaman dashcam tolonglah berikan maklumat.

"Kesian sangat dekat arwah, kes langgar lari begini memang tak adil untuk dia dan keluarga. Anak dia pula masih kecil lagi," luahnya.

Arwah Nazreen (paling kanan) bersama anggota asal kumpulan The Times.

Bercerita mengenai sepanjang bersama kumpulan The Times sejak awal penubuhan sekitar 2007, Naza menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berbakat, peramah dan bersikap rendah diri terhadap para peminat.

"Lagu-lagu hits The Times memang dia yang main gitar dekat dalam itu. Dia seorang yang sangat humble dan senang didekati peminat.

"Dia tak memilih dan budak-budak peminat memang suka dia. Sampai ada peminat yang muat naik gambar baju yang pernah arwah hadiahkan dulu. Dia memang orang yang sangat baik," ujarnya.

Untuk rekod, Nazreen atau Nazreen Sharkawi, 52, menghembuskan nafas terakhir pada 24 Ogos lalu selepas empat hari bertarung nyawa akibat koma di Hospital Miri, Sarawak. 

Kematian itu berpunca daripada insiden langgar lari ketika Allahyarham menunggang motosikal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain