PELAKON Toh Puan Syamim Freida menegaskan bahawa keakraban sesuatu hubungan tidak perlu dibuktikan menerusi perkongsian di media sosial semata-mata demi meraih pengesahan daripada orang luar.Kata Syamim, 35, dia memilih untuk mengekalkan kehidupan peribadi serta hubungan kekeluargaan dan persahabatannya secara tertutup tanpa perlu dijadikan tatapan umum. "Bukan semua benda kena tunjuk untuk dapat pengesahan. Saya kekalkan kehidupan peribadi secara privasi terutamanya keluarga dan rakan-rakan terdekat saya.Hantaran tersebut dipercayai adalah berkaitan dengan pemilihan pengapit semasa majlis perkahwinan Bella."Hanya kerana anda tidak nampak, tidak bermakna ia tidak wujud. Sesetengah bahagian yang paling ikhlas dalam hidup saya adalah apa yang saya pilih untuk tidak kongsi."Privasi adalah satu pilihan, bukannya penanda ketiadaan. Saya tidak perlukan penonton untuk membuktikan apa yang saya ada," katanya menerusi satu hantaran di Threads pada Rabu.Hantaran yang dibuat Syamim itu dipercayai bagi menyokong kenyataan Bella Astillah sebelum ini yang mempertahankan tindakan memilih sembilan rakan terdekat sebagai pengapit sempena hari bahagianya.ARTIKEL BERKAITAN: “Sejak bila pula ‘bridesmaids‘ wajib yang popular atau artis?“ - Bella Astillah kongsi alasan pilih sembilan pengapitARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah, Syed Saddiq nikah 10 Oktober depanMenurut Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, statusnya sebagai seorang selebriti tidak bermakna dia perlu memilih pengapit dalam kalangan rakan artis yang popular sahaja, sebaliknya keikhlasan dalam ikatan persahabatan menjadi keutamaan."Persahabatan bukan sekadar mengenai sejauh mana hubungan itu diketahui umum, sebaliknya yang lebih penting adalah keikhlasan yang terjalin antara kami," ujarnya. Selain Syamim Freida, senarai sembilan pengapit yang bakal mengiringi Bella pada hari perkahwinannya termasuklah pelakon Tya Arifin, penyanyi Emma Suhaimi dan adik kandungnya sendiri, Didi Astillah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube